Jumaat, 17 Disember 2010

7 Peringkat Tipu Daya Syaitan




Syaitan bermakna setiap yang melanggar perintah samada jin, manusia ataupun haiwan. golongan syaitan yang paling pintar menyesatkan manusia yang ingin beribadat kepada Allah adalah daripada golongan jin. Mereka berkerja 24 jam tanpa henti untuk menyesatkan manusia tetapi manusia pula 24 jam tak pernah merasa ataupun lari daripada tipu daya mereka. Berapa banyak amalan kita yang telah dirosakkan oleh syaitan walaupun amalan itu pada zahirnya nampak baik dan sempurna. Mari sama-sama kita melihat bagaimana helah dan teknik syaitan menyesatkan umat Islam yang ingin beramal soleh.

HELAH PERTAMA - Melarang kita untuk melakukan amal ibadat.


CARA ATASI : Kita menyedari hidup kita sangat berhajat kepada bekalan untuk menuju ke akhirat.





HELAH KEDUA - Apabila kita hendak melakukan ibadat itu, maka Syaitan menghasut lagi agar berlengah-lengah melakukannya.


CARA ATASI : Kita menyedari bahawa ajal bukan di tangan kita. Seandainya kita lengahkan ke hari esok, kemudian pula ke hari esok, dan seterusnya bilakan kita dapat melakukannya??Bagaimana pula seandainya ajal kita datang secara tiba-tiba dan kita belum sempat melakukannya. Alangkah ruginya.



HELAH KETIGA - Apabila kita dapat melawan helahnya yang kedua dan melakukan amal kebaikan itu, Syaitan akan menghasut agar mempercepatkan amalan itu agar segera selesai. Maka amalan itu tidak sempurna dan tak ubah seperti melepas batuk di tangga.


CARA ATASI : Kita menyedari bahawa amalan yang sedikit tetapi sempurna dan tenang lebih baik daripada amalan banyak yang mempunyai kecacatan dan kekurangan. Maka kita lakukannya dengan tenang dan berharap kepada Allah.





MySpaceAnimations.com



HELAH KEEMPAT - Jika kita berjaya melepasi halangan keempatn, maka Syaitan akan mengarahkan kita menyempurnakan amal ibadat itu tetapi dihasut agar menunjuk-nunjuk kepada orang atau riak.



CARA ATASI : Kita merasakan bahawa amalan kita hanya Allah yang akan memberi ganjarannya dan bukan makhluk. Cukuplah sekadar Allah melihat amalan kita. Ingatkan diri kita bahawa amalan kita sia-sia dan tidak diterima Allah seandainya ada perasaan ingin menunjuk-nunjuk.





HELAH KELIMA - Apabila kita hilang perasaan riak, maka dihasutnya agar kita ujub atau merasa hairan dengan kebaikan yang kita lakukan dan merasanya satu kelebihan bagi diri kita. Syaitan berbisik : " Alangkah hebatnya engkau !! Alangkah mulianya engkau !! Alangkah rajin dan baiknya engkau !!"



CARA ATASI : Kita menyedari bahawa semua kelebihan itu kurniaan Allah dan seandainya Allah tidak mengurniakan kepada kita, maka kita tiada apa-apa. Oleh itu, semua kelebihan itu adalah kelebihan Allah semata-mata. Kita hina dan tiada harga pada hakikatnya.





HELAH KEENAM - Syaitan membisikkan kepada kita bahawa kita telah menyembunyikan amalan ibadat kita tanpa pengetahuan orang. Tunggulah suatu hari nanti Allah akan menzahirkan amalan kita kepada semua orang dan ketika itu kita akan dipandang mulia di mata manusia kerana kononnya beribadat secara bersembunyi dan ikhlas kerana Allah.



CARA ATASI : Ketahuilah bahawa itu adalah sebahagian daripada sifat riak. Oleh itu, kita perlu merasakan bahawa kita adalah hamba Allah. Tugas seorang hamba adalah berkerja dan seandainya tuannya ingin membesarkan amalan itu terserahlah kepadanya. Jikalau tuan itu memandang remeh pekerjaan itu , maka semua itu haknya.



MySpaceAnimations.com

HELAH KETUJUH - Apabila kita dapat mengatasi helah keenamnya, maka dia akan berbisik lagi bahawa seandainya Allah sudah menentukan kita ahli syurga, maka tidak perlulah kita bersusah payah melakukan ibadat dengan tekun. Sebaliknya kalau kita telah ditetapkan oleh Allah ahli neraka , maka tidak berguna lansung amalan kita tadi.



CARA ATASI : Kita perlu menyedari bahawa usaha kita adalah wajib. Balasan syurga dan neraka adalah urusan Allah. Lagipun ALlah telah berjanji barang sesiapa yang berbuat baik tempatnya yang terbaik dan barang sesiapa melakukan sebaliknya nescaya nerakalah tempatnya. Berserah kepada Allah dan teruskan kerja kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.




Rabu, 8 Disember 2010

Matlamat Hidup ?? (ep 2)

Berbakti kepada bapa juga tidak kurang mulianya di sisi Allah. Di dalam riwayat yang soheh, ada menceritakan kepada kita bagaimana seorang lelaki bebas daripada terperangkap di dalam gua dengan sebab keberkatan beliau berbakti kepada bapanya. Pada suatu hari, beliau bersama dua orang kawannya telah berteduh di dalam sebuah gua. Tiba-tiba seketul batu yang besar telah jatuh dan menutup pintu gua itu. Mereka telah berusaha keluar daripada gua itu namun mereka tidak mampu. Akhirnya mereka memohon kepada Allah membukanya dengan keberkatan amalan baik mereka. Orang yang pertama telah berdoa kepada Allah dengan keberkatan beliau meninggalkan zina dengan seorang perempuan yang sangat dicintainya. Seorang lagi lelaki berdoa dengan keberkatan bersedekah. Lelaki yang terakhir berdoa pula dengan keberkatan beliau berbakti kepada bapanya. Beliau mempunyai seorang bapa yang sudah tua. Setiap hati beliau akan menghantar makanan kepadanya. Pada suatu malam ketika beliau pergi untuk menghantar makanan, didapati bapanya telah tidur . beliau tidak ingin mengejutkan bapanya kerana ditakuti beliau menggangguinya. Beliau menunggu sehingga bapanya bangun. Di sininya ada seorang anak yang sangat lapar dan menangis kerana inginkan makanan yang dibawanya itu. Namun beliau tidak memberikan hak bapanya kepada anaknya sendiri kerana takut melukakan hati bapanya. Baginya menjaga keperluan bapanya lebih daripada menjaga keperluan anaknya sendiri. Subhanallah. Dengan sebab kebaktian itulah Allah telah meredhainya . Selepas mereka bertiga berdoa dengan keberkatan amalan masing-masing, pintu gua itu pun terbuka dan mereka pun keluar daripada gua itu dengan selamat. Lihatlah bagaimana keberkatan berbakti kepada seorang bapa. Cuba kita qiaskan keadaan tadi dengan keadaan kesusahan yang kita alami sekarang. Pastinya Allah akan memberi kesenangan kelak kepada kita dengan sebab kebaktian kita terhadap bapa kita dan dengan sebab kita tidak menderhakainya. Ingatlah, penderhakaan terhadap ibu bapa adalah dosa besar dan mentaati mereka berdua pula ialah tuntutan yang sangat besar. Setiap penderhakaan terhadap ibu bapa akan dipercepatkan balasannya di dunia. Oleh sebab itulah Baginda S.A.W berpesan agar kita berbuat baik terhadap ibu bapa kerana anak-anak kita juga akan berbuat baik pada kita suatu hari nanti. Seandainya berlaku sebaliknya , maka balasannya juga sebaliknya. Ya Allah, jadikanlah hambamu yang hina dan keluarga ini di kalangan orang yang mentaati ibu bapa kami dan jauhilah kami daripada sebarang penderhakaan.
Ketika kita selesai takbiratul ihram, kita diharamkan melakukan perkara-perkara selain daripada amalan dan gerakkan solat. Pergerakkan kita ketika itu amat terbatas. Ingatlah, kehidupan kita di dunia ini juga sebenarnya amat terbatas di dalam usaha kita untuk mencapai matlamat kita iaitu beribadat kepada Allah. Baginda S.A.W pernah berpesan kepada kita bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Kesenangan dan keseronokkan itu ada batasannya berbanding orang yang kafir di mana mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan nafsu mereka . Bagi mereka , kehidupan di dunia ini hanya sekali dan setiap amalan mereka tidak akan dihitung di akhirat. Ingatlah , kehidupan di dunia hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal selama-lamanya. Di sanalah kehidupan kita yang sebenar dan paling berharga. Berapa tahun kesenangan kita di dunia berbanding jutaan tahun kesenangan kita di akhirat kelak? 50 tahun? 60 tahun? 70 tahun atau 100 tahun ??? Bersabarlah apabila melihat kekayaan, kekuasaan dan kesenangan orang yang kufur kepada Allah di dunia ini kerana semua itu lansung tiada harganya di sisi Allah, rasulNya dan mukmin. Seandainya nikmat dunia ini berharga walaupun sebesar sayap nyamuk , nescaya Allah tidak akan memberikannya lansung kepada orang yang kufur. Bergembiralah dengan berita tentang syurga Allah yang akan dimiliki oleh orang beriman yang mana di dalamnya terdapat istana yang megah berdiri, bidadari yang tidak terhitung bilangannya, apa saja keinginan yang diminta oleh penghuninya. Bersabarlah di atas kehidupan sementara ini untuk menikmati kehidupan yang kekal selama-lamanya. Fahamilah.!!!
Kemudiannya, mulakanlah bacaan doa iftitah kerana ianya sunat dan setiap amalan sunat akan menyempurnakan amalan wajib. Seterusnya kita iringi bacaan wajib iaitu Surah al-Fatihah. Bacalah surah yang mulia ini dengan berhati-hati, tenang dan bertajwid. Hendaklah kita berhenti pada setiap akhir ayat kerana itulah cara bacaan paling sempurna yang pernah diajar oleh Baginda S.A.W kita. Seandainya kita berhenti pada setiap ayat, wajiblah kita menarik nafas baru untuk membaca ayat seterusnya. Janganlah kita berhenti pada akhir ayat tanpa mengambil nafas baru kerana ia dinamakan hukum saktah seperti bacaan kita di dalam surah Ya Sin. Ketahuilah bahawa di dalam Surah Al-Fatihah tiada hukum saktah. Seandainya kita tidak menarik nafas baru, maka perlulah kita sambungkan setiap ayat dan menyebut huruf terakhir bagi setiap ayat. Tanyalah kepada orang yang lebih mengetahui tentang hal ini kerana kesalahan kita membaca Al-Fatihah akan merusakkan solat kita. Solat itu tidak sah kerana Al-Fatihah adalah rukun wajib yang mesti di jaga. Bagaimana pula keadaan orang yang solat sedang tidak sah?? Neraka Wail tempatnya. والعياذ بالله من ذلك
Teruskanlah melakukan perbuatan-perbuatan solat dengan penuh penghayatan dan khusyuk. Pastikan setiap rukun kita diselangi dengan dengan tomakninah iaitu berhenti seketika dengan kadar bacaan سبحان الله atau kadar sesaat. Sentiasalah sedar diri ketika melaksanakannya. Sesungguhnya hikmat menyebut الله أكبر sebelum kita ke perbuatan yang lain adalah untuk menyedarkan diri kita bahawa kita sedang menjalani ibadat solat semenjak dari takbiratul ihram lagi. Janganlah kita menyia-nyiakan peluang terbaik untuk mendapat rahmat Allah ketika itu. Mungkin solat itu adalah solat kali terakhir buat kita dan ajal kita akan menyusuli selepas selesai kita melaksanakan solat itu. Di antara cara –cara untuk tenang dan khusyuk di dalam solat adalah dengan memahami bacaan-bacaan di dalam solat lebih-lebih lagi surah Al-Fatihah. Cubalah fahami maksud ayat di dalam surah yang mulia ini kerana surah ini adalah ringkasan bagi keseluruhan Al-Quran. Tidak malukah kita kepada Allah kerana telah bertahun-tahun lamanya kita membaca ayat-ayatnya ini namun sedikit pun kita tidak cuba untuk memahaminya??? Sedangkan kita sentiasa untuk memahami tugas kita yang diarahkan oleh majikan kita agar dapat melakukannya dengan baik dan mendapat pujian daripadanya. Seterusnya dinaikkan pangkat dan mendapat nama di mata masyarakat??? Adakah pujian daripada Allah lebih rendah daripada pujian makhluknya dan adakah pangkat di sini Allah lebih kecil daripada pangkat di sisi makhluk??? Fikirkanlah !!!

Ahad, 28 November 2010

Matlamat Hidup ?? (ep 1)





بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi serta mengarahkan mereka agar sentiasa beribadah kepadaNya, solawat dan salam ke atas junjungan mulia Penghulu sekalian nabi iaitu Saidina Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga yang suci serta sahabat yang terpilih
. أمابعد.

Ketahuilah wahai saudaraku bahawa setiap perkara perlu ada matlamat dan hala tuju. Begitu juga hidup kita yang sementara ini perlu ada matlamat yang jelas. Seandainya kita tiada matlamat hidup yang tepat dan jelas, pasti kita tak ubah seperti lalang yang ditiup angin. Seandainya ditiup ke kanan, maka ia ke kanan dan seandainya ditiup ke kiri, maka ia turut ke kiri. Hidup kita ketika itu tidak memberi apa-apa makna untuk diri kita dan orang lain.
Ketahuilah sesungguhnya agama yang kita cintai iaitu Islam telah memberi garis panduan kepada kita bagi mencari matlamat hidup. Bahkan Islam itu sendiri telah menetapkan kepada kita apakah matlamat hidup sebagai seorang Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala di dalam firmannya :

“ Tidaklah kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka sentiasa beribadat”

Jelas di dalam ayat di atas bahawa kita diciptakan untuk beribadat dan merendahkan diri kepada Allah. Matlamat kita hidup di dunia yang sementara ini ialah semata-mata beribadat kepada Allah.

Ketahuilah bahawa ibadat yang dituntut oleh Allah terbahagi kepada 2 iaitu ibadat khusus dan ibadat umum. Ibadat khusus adalah ibadat yang dituntut ke atas kita pada masa yang tertentu dan peraturan-peraturan yang tertentu seperti solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, zakat apabila cukup tempoh dan sukatan, menunaikan haji seandainya mampu dan lain-lain. Manakala ibadat umum pula meliputi semua gerak-geri kita di dalam kehidupan seharian seperti bekerja , makan dan minum, tidur, bergaul sesama insan dan lain-lain dengan syarat niat kita kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W ketika melakukan perbuatan itu. Pekerjaan kita , tidur kita , makan dan minum kita, perjalanan kita, percakapan kita, penglihatan kita dan apa saja yang kita lakukan setiap hari jika dengan niat yang betul akan diberi ganjaran oleh Allah kerana amalan itu semuanya dinamakan ibadat . Fahamilah !!!

Ketahuilah wahai saudaraku, dunia hari ini penuh dengan fitnah ( yakni kerosakkan). Ianya ada di mana-mana. Kerosakkan-kerosakkan itu telah menular kepada kita samada tanpa kita sedari atau kita sedari. Itulah yang dinamakan fitnah kehidupan akhir zaman. Fitnah pada hari ini terlalu banyak dan tidak mampu kita hitung. Setiap yang membawa kita menjadi lalai terhadap matlamat kita yang utama iaitu beribadat kepada Allah samada secara sedar atau tidak sedar , maka itulah dinamakan fitnah akhir zaman. Ianya tidak ubah seperti virus yang berbahaya di mana kita perlu memiliki antibodi yang kuat untuk mengatasinya atau paling tidak kita perlu lari sejauh-jauhnya dari virus yang berbahaya itu. Hanya 2 jalan ini sajalah yang dapat menyelamatkan kita.
Wahai saudaraku, seandainya kita terpaksa mengharungi fitnah ini, maka perlulah kita mempersiapkan diri dengan tembok yang kukuh untuk menghalangnya daripada memudharatkan iman kita dan iman keluarga kita. Tembok yang paling kukuh bagi orang Islam ialah solat 5 waktu kerana ianya dapat menegah seseorang daripada kejahatan dan kemungkaran. . Berapa ramai orang Islam pada hari ini diserang dan tertewas dengan fitnah yang menyebabkan mereka hanyut di dalam kemaksiatan. Mereka telah terpesong daripada matlamat hidup mereka yang sebenar iaitu beribadat kepada Allah Yang Mencipta diri mereka. Hati mereka tidak pernah mengingati Allah walaupun sesaat. Mereka melupai Allah dan Allah juga akan melupai mereka di hari pembalasan yang paling dahsyat dan hari penyesalan bagi golongan yang tidak beribadat kepada Allah. Punca utama berlaku penderhakaan ini ialah kelalaian di dalam melaksanakan solat 5 waktu. Jikalau mereka melaksanakannya pun, perlaksanaan mereka mengikut hawa nafsu mereka dan bukan menurut peraturan-peraturan dari Allah.
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa terdapat satu riwayat yang menceritakan tentang bagaimana seorang wanita terjerumus di dalam fitnah yang sangat besar disebabkan beliau meninggalkan solat Asar sahaja. Para sahabat telah mendatangi Nabi S.A.W dan menceritakan kepada baginda bahawa ada seorang wanita yang telah berzina di suatu tempat. Kemudian wanita itu telah mengandung anak luar nikah dan melahirkannya secara rahsia. Anak itu dibunuh dan direndamkannya ke dalam tempat penghasilan arak. Lalu arak itu dijual pula kepada orang ramai. Apabila Baginda Rasulullah mendengar berita itu, Baginda terus menyatakan bahawa wanita itu tadi telah meninggalkan solat Asar. MasyaAllah. Cuba kita perhatikan kesan buruk yang sangat besar apabila seseorang itu meninggalkan satu waktu solat sahaja. Bagaimanakah kesan buruk bagi golongan-golongan yang lansung tidak mendirikan solat atau pun melakukan sebahagian waktu sahaja dan meninggalkan waktu yang lain. Pastinya hati mereka menjadi gelap tanpa hidayah dan hidupnya yang bergelumang dengan nafsu keinginan duniawi yang membawa mereka alpa daripada matlamat kehidupannya iaitu beribadat kepada Allah.
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa solat telah mengajar kita erti peraturan hidup menurut syariat Islam yang diredhai Allah. Solat mengajar kita agar mengurus masa dengan baik melalui waktu-waktu solat yang dihadkan oleh Allah. Sepertimana masa kerja kita yang dihadkan oleh majikan kita, begitu jugalah masa solat kita yang dihadkan oleh Allah. Seandainya kita takut dimarahi majikan kerana tidak menjaga masa kerja , maka apatah lagi Allah Yang Menciptakan kita. Apakah kita tidak perlu takut kepada Allah ??? Adakah kuasa majikan kita lebih besar dan hebat dari kuasa yang dimiliki oleh pencipta kita iaitu Allah. Fikirkan sejenak perkara ini nescaya Allah akan buka pintu kebaikan kepada kita semua.
Jangan kita berangan-angan panjang dan menangguhkan perintah Allah. Ramai orang yang jahil berkata : “ Nanti saya tua saya akan beribadat kepada Allah, sekarang saya masih muda dan mahu mencari keperluan hidup serta memenuhi cita-cita saya”. Mereka ini telah ditipu oleh syaitan yang durjana. Mereka menangguh-nangguhkan amalan mereka seolah-olah mereka tahu bahawa ajal mereka hanya akan tiba apabila mereka tua. Berapa ramai golongan bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa meninggal sebelum usia tua. Ajal tidak mengira usia, pangkat, darjat dan tempat. Seandainya mereka benar-benar jahil tentang tarikh dan masa ajal mereka, kenapa kita begitu yakin dengan masa depan mereka??? Padahal masa untuk beribadat semakin singkat , umur semakin meningkat, dosa kian bertingkat, bermacam-macam keinginan nafsu duniawi yang tak dapat disukat, Hari Kiamat pula semakin dekat . Berwaspadalah !!!
Sebelum kita melaksanakan solat, kita diwajibkan menyucikan diri dari hadas kecil dan besar. Penyucian ini bukan hanya pada zahir bahkan pada batin kita. Maksud penyucian batin ialah penyucian dari dosa besar dan kecil serta penyucian daripada sifat mazmumah seperti ego, besar diri, perasan, angkuh, tamak, cintakan harta, dengki, suka pujian, suka menunjuk-nunjuk, bangga dan lain-lain. Penyucian daripada dosa kecil terhasil dengan melakukan amalan wajib dan sunat. Manakala penyucian daripada dosa besar dan sifat mazmumah terhasil dengan bertaubat kepada Allah. Syarat-syarat bertaubat ada 4 iaitu berhenti daripada melakukan kesalahan itu, menyesal di atas semuanya, berazam tidak akan mengulanginya lagi , dan yang terakhir ialah memulangkan hak orang yang kita ambil . Ketahuilah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Semua manusia melakukan kesalahan dan sebaik-baik pesalah ialah yang bertaubat. Walaupun seseorang itu membunuh 100 orang yang tidak bersalah, namun Allah Yang Maha Pemaaf masih memberi peluang kepada si pembunuh itu. Ketahuilah bahawa Allah menyayangi kita dan sentiasa memanggil kita untuk kembali ke jalanNya. Subhanallah !!!
Setelah kita menyucikan diri, kita perlu menutupkan segala keaiban kita. Maksud keaiban itu ialah aurat kita. Menutup aurat bermakna menutup warna kulit dan bentuk badan. Setiap inci aurat kita berada di atas tanggungjawab kita. Maka perlulah kita menutupnya di hadapan Allah Yang Maha Sempurna. Amalan ini bukan hanya kita lakukan di dalam solat sahaja bahkan setiap masa dan ketika kecuali kita bersama mahram. Sepertimana Allah Maha Melihat ketika kita solat, begitu jugalah Allah Maha Melihat ketika kita berada di luar keadaan solat. Oleh itu, jagalah aurat kita sepanjang masa dan usia. Janganlah kita tertipu dengan hasutan nafsu dan syaitan melalui fesyen dan gaya terkini yang sangat jauh terpesong daripada landasan agama kita. Semua fesyen yang mendedahkan aurat dan bentuk tubuh adalah agenda Yahudi yang dilaknat Allah. Mereka telah lama menjalankan agenda ini dari semasa ke semasa. Mereka tidak pernah membaiki orang Islam bahkan sentiasa mencari jalan bagi menghancurkan kita. Mereka memesongkan kita dari cahaya kepada kegelapan , sedangkan agama Islam sentiasa mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya kebenaran. Mereka mengajar kita mengkhianati Allah dan RasulNya. Mereka menghasut kita agar menghampiri kepada penzinaan sedangkan Allah telah memberi amaran dan arahan agar kita tidak menghampiri zina. Antara perkara yang menghampirkan kita kepada zina ialah membuka aurat. Ya Allah, lindungilah hambamu ini dan keluarga ini daripada menghampiri zina.
Ramai wanita pada hari ini menutup aurat berdasarkan kehendak nafsu mereka. Bagi mereka, menutup aurat ialah menutup rambut semata-mata sedangkan mereka membiarkan tangan , leher, telinga, kaki dan anggota lain dilihat orang. Ada pula yang menutup semua anggota tetapi ternampak bentuk tubuh mereka dengan jelas. Ada juga yang memakai tudung tetapi rambutnya disanggulkan sehingga kelihatan seperti bonggol unta. Semua jenis pemakaian yang disebutkan tadi sebenarnya menyeleweng jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Islam tidak pernah menghalang penganutnya memakai pakaian berbagai jenis dan warna tetapi pastikan menutup warna kulit dan bentuk tubuh. Ingatlah , aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut dan aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berjihadlah di dalam menutup aurat diri kita dan keluarga . Ketahuilah bahawa orang yang menjaga aurat adalah orang yang amanah terhadap Allah. Orang yang amanah terhadap Allah maka balasannya adalah bersama Rasulullah S.A.W di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Ketika itu mereka bisa meminta apa saja yang mereka kehendaki. Nikmat daripada Allah ketika itu mencurah-curah kepada mereka. Apa saja yang terlintas difikiran mereka, terus Allah sediakan. Subhanallah !!! Begitu beruntungnya golongan ini. Ya Allah, jadikan hambamu ini dan keluarga ini daripada golongan yang bersama Rasulullah di syurga. Amin…
Selepas itu, kita mengadap kiblat dan melafazkan niat solat lalu bertakbir sambil berniat di dalam hati. Lafaz niat adalah sebelum takbir dan tempatnya di lidah , manakala niat pula adalah ketika takbir dan tempatnya di dalam hati. Fahamilah!! Pastikan qosad, ta’arudh dan ta’yin di dalam niat kita di antara huruf Alif dan Ro pada lafaz الله أكبر yakni ketika menyebut Alif dan sebelum selesai menyebut Ro. Seandainya kita solat berjamaah, maka ikutilah imam tanpa mendahului perbuatannya. Solat kita tidak sah seandainya perbuatan kita berbeza daripada perbuatan imam kita. Imam ialah pemimpin kita di dalam solat. Setiap masa kita mempunyai pemimpin dan ada ketika kita pula yang memimpin. Pemimpin negara adalah raja. Pemimpin keluarga kita ialah ayah. Pemimpin isteri ialah suami. Pemimpin tubuh badan kita ialah hati. Sepertimana kita wajib mentaati pemimpin kita ketika solat , begitu jugalah kita wajib mentaati pemimpin kita di luar solat.

Isnin, 9 Ogos 2010

ISI-ISI PENTING DI BULAN RAMADHAN

ISI-ISI PENTING DI BULAN RAMADHAN

1- Makna Syariat : ialah Undang-undang @ Agama @ Jalan @ Hukum
Syariah Islamiah : Undang-undang Islam
Undang2 Syariah : Undang-undang Agama

2- Disyariatkan bulan Sya’aban tahun ke-2 hijrah. Nabi puasa Ramadhan 9 kali.
3- HUKUM:Siapa yang ingkar kufur kerana perkara maklum minanddin bidharurah. (Baijuri).

4- Orang berpuasa bersifat dengan sifat malaikat.
5- Ayat diseru oleh Iman tidak orang Islam kerana puasa hanya dilakukan oleh orang yang beriman sahaja. Iaitu percaya ttg hari Akhirat.

6- KUTIBA bermakna FURIDHA = difardhukan ‘Ain ke atas kamu semua ( baliqh, berakal, mampu) bukan farhdu Kifayah

7- Maknanya puasa: iaitu
menahan diri dari 2 nafsu (perut&kemaluan) dari perkara2 yang membatalkan puasa, mula dari fajar siddiq hingga terbenam matahari dengan niat.

8- 2 nafsu: punca segala kejahatan dan penyakit ialah perut. Segala najis tahi pun ada di dalamnya. Berkata Imam Al-Busiri

واخش الديائس من جوع ومن شبع
فرب مخمصة شر من التخم
Terlalu kenyang mendatangkan: malas, gelap hati, malas untuk bangun.
Firman Allah:

Sabda Nabi: Sesungguhnya Mukmin minum memenuhi satu bahagian perut dan kafir memenuhi 7 bahagian perut.
Sabda Nabi : Sesungguhnya orang yang paling kenyang di dunia akan paling lapar di akhirat.
Kata ‘Aisyah : Bala yang pertama datang kepada umat ini selepas kefawatan Nabi ialah kenyang kerana sesungguhnya satu kaum apabila kenyang perut mereka, nescaya gemuklah nafsu mereka,lalu lemah hati mereka dan berkembang syahwat keinginan mereka.
Sabda Nabi: Makan sehari dua kali ialah membazir dan Allah tidak suka kepada membazir.

9- Mula dari fajar siddir hingga terbenam matahari: ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita kerana memfardhukan apa yang kita mampu lakukan. لايكلف نفس إلا وسعها .
10- Nabi berbuka puasa dengan beberapa biji kurma masak, kalau tiada maka dengan kurma lembap. Kalau tiada, maka dengan menghirup air kosong. HIKMAH KURMA: tabiat badan sesuai waktu petang, menambahkan kekuatan dan menguatkan mata. HIKMAH AIR: hati kering dengan sebab puasa, maka air akan melembapkan dan memudahkan proses makanan. (Asyrafu Al-Wasael Fi Fahmi As-Syamail –Ibnu Hajar).

11- Niat : sekali lagi kita melihat kasih sayang Allah kerana memudahkan kita berniat di waktu malam dan sahur. Seandainya kita diwajibkan niat seperti ibadat lain nescaya lemah kita.

12- Takrif kedua : Takrif pertama + menjaga semua anggota zahir dari melakukan maksiat.

13- Takrif ketiga: Takrif pertama+kedua+ menjaga rahsia hati dari berpaling selain dari Allah. Mereka Ahlullah(Rasul,Nabi,Wali,Ulama’ Akhirat.

14- KAMA KUTIBA : di dalam bahasa Arab dinamakan tasybih di dalam ilmu Balaghoh. Iaitu perumpaan. Allah umpamakan kefardhuan kita dengan kefardhuan orang sebelum kita. Jadi, perumpaan itu sama dari segi apa?? Ulama menyatakan bahawa sama dari segi bilangan,masa dan tempoh. Orang Yahudi dan Nasrani juga difardhukan tetapi mereka menambah,menukar dan terus menukar sehingga ke hari ini.

15- TATTAQUN : inilah bekalan dan pakaian kita di akhirat. فإن خير الزاد تقوى ---ولباس التقوى ذالك خير ……. Dan mudahan kamu lemah , bila lemah kurang maksiat…kurang dosa dan masuk syurga.

16-
Maka apabila kamu berpuasa, nescaya kamu telah binasakan nafsumu dengan puasamu. Dicukupi nafsu daripada keinginan. Maka puasa itu membinasakan kehendak nafsu. Dan padanya dapat menyucikan hati, membaiki anggota zahir, dan memperingati kita agar berbuat baik kepada orang fakir, kembali kepada Allah, dan bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan Allah dan keringanan hisab di hari akhirat. Kurniaan Allah pada mentaufikkan engkau untuk berpuasa terlebih besar daripada engkau mensyukuri kurniaan itu. Daripada sebab puasa engkau ialah engkau tidak dituntuti ganti. (Minhaj Al-Abidin Imam Ghazali).

Allah berfirman: Wahai Ridhwan , bukakanlah pintu syurga untuk orang yang berpuasa dari kalangan umat Muhammad , dan Allah berfirman lagi: Wahai Malik, tutuplah pintu neraka daripada umat Muhammad yang berpuasa, Allah berfirman lagi: Wahai Jibril , turunlah engkau ke bumi , maka dibelenggu dan diikat kehendak Syaitan dan ikatlah mereka dengan rantai-rantai, kemudian lemparkan mereka ke dalam lautan sehingga mereka tidak dapat merosakkan puasa umat kekasihKu Muhammad. Maka Allah berfirman pada setiap malam daripada malam bulan Ramadhan sebanyak tiga kali: Adakah ada orang yang meminta,maka nescaya aku akan memberi permintaannya, adakah ada orang yang bertaubat,maka nescaya aku akan menerima taubatnya, adakah ada orang yang memohon keampunan, maka nescaya aku akan mengampunkannya. (Keratan Hadis Kitab Tanbih Al-Qofilin m/s 249).

Selasa, 27 April 2010

KAMI MENGHARAP SYAFA'ATMU

Syafaat bermaksud memohon keampunan daripada Allah Ta’ala untuk hambanya. Allah mengurniakan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم kita satu kelebihan yang sangat besar dan juga menguntungkan kita sebagai umatnya . Di mana Baginda صلى الله عليه وسلم akan memberi syafa’at kepada umat-umatnya dan umat-umat yang terdahulu. Terdapat juga syafa’at yang datang datangnya dari malaikat, nabi-nabi dan juga orang-orang yang soleh.
Terdapat banyak jenis syafa’at Baginda صلى الله عليه وسلم. Antaranya ialah:
1) Syafa’at untuk merehatkan keadaan makhluk-makhluk ketika ditimpakan kepada mereka kesusahan di Padang Mahsyar dan penantian padanya. Syafa’at ini dikhususkan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم seorang sahaja dan ianya juga dinamakan As-Syafa’at Al-’Uzmah dan Al-Maqam Al-Mahmudah (yakni seperti di dalam doa selepas azan).
2) Syafa’at kepada golongan-golongan terpilih untuk masuk ke syurga tanpa di hisab.
3) Syafa’at bagi golongan yang melakukan dosa-dosa besar dari kalangan umat Baginda صلى الله عليه وسلم supaya dikeluarkan mereka dari neraka dan dimasukkan mereka ke dalam syurga.
4) Syafa’at bagi golongan yang dihisab dan layak untuk masuk ke dalam neraka supaya tidak masuk ke dalamnya.
5) Syafa’at untuk meningkatkan lagi peringkat-peringkat ahli syurga.
6) Syafa’at untuk meringankan azab sebahagian orang kafir seperti Abu Lahab yang bergembira dengan kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلم.
7) Syafa’at bagi memudahkan perjalanan di atas as-Siroth (titian) dan al-Mizan (timbangan amalan).

Isnin, 12 April 2010

ALAMAT HATI SAKIT



Kufur – Munafik – Zalim – Hasad – Megah – Takabbur - Perasaan - Mengumpat – Mengadu domba – Lalai – Jahil - Bid’ah - - Berbohong – Bercakap banyak – Bakhil – Kedekut – Suka mengikut keinginan jahat – Meninggalkan suruhan Allah – Melakukan larangan – Meninggalkan suruhan kebaikan dan larangan kejahatan – Sesungguhnya kejahatan itu sangat menggelapkan hati, menghitamkan wajah, melemahkan badan – mengurangkan rezeki – dibenci di hati-hati makhluk.

Isnin, 5 April 2010

PEWARIS NABI







Kita mengetahui kepentingan bersahabat dan berdamping dengan syeikh-syeikh mursyid untuk naik kepada peringkat kesempurnaan iman. Persoalannya sekarang, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada syeikh-syeikh tarekat (Pewaris Nabi) yang membuktikan beliau betul-betul mursyid. Terdapat syarat-syarat keahlian dan kepakarannya yang perlu ada pada syeikh-syeikh mursyid itu. Syarat-syarat itu ialah arif dalam bidang fardhu 'ain, mengenal sifat-sifat Allah ('arif billah), sangat berpengalaman dengan jalan-jalan menyucikan diri dan landasan-landasan pentarbiahan diri dan perlu mendapat keizinan daripada syeikhnya yang juga mursyid untuk membawa ahli ke jalan Allah.




Ibn Sirin R.A pernah berkata:" Sesungguhnya ilmu itu adalah agama. Maka hendaklah kamu teliti daripada siapakah kamu ambil agama kamu ". Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada Ibn Umar R.A dengan sabdanya :

" Lazimilah agamamu ! Lazimilah agamamu! Sesungguhnya ia adalah daging dan darahmu. Hendaklah kamu teliti daripada siapakah kamu ambil. Ambillah ilmu agama daripada orang-orang yang benar dan janganlah kamu ambil daripada orang-orang yang sesat".

Ringkasannya, banyak alamat yang perlu dilihat pada seorang syeikh. Antaranya apabila kita duduk bersamanya, kita akan merasakan hembusan iman dan kegembiraan rohani. Mereka tidak akan berkata-kata kecuali kerana Allah, tidak bertutur kecuali kebaikan, tidak bercakap kecuali memberi peringatan atau nasihat.



Kita pula dapat mengambil faedah daripada persahabatan atau berdampingan dengannya seperti mana faedah yang kita dapat menerusi kalamnya. Manfaat yang kita dapat ketika berdekatan dengannya sama seperti manfaat bila dia jauh meninggalkan kita. Kita juga mendapat manfaat yang sangat besar daripada pandangan lirik matanya seperti mana kita mendapat manfaat daripada lafaznya. Sesungguhnya semua ini didapati melalui kecapan rasa apabila bersama mereka. Siapa yang mengecap rasanya pastinya dia akan mengetahui dan apabila mengetahui kelazatannya, sudah tentu dia akan mengautnya.

ALAMAT HATI SIHAT



Berzikir kepada Allah – Membaca al-Quran – Bersalawat kepada Nabi – Bertaubat – Beristiqfar – Sayang kepada Rasulullah – Bertaqwa – Meninggalkan maksiat – Ikhlas – Adil – Kecerdikan – Bermuhasabah diri – Mementingkan orang lain – Banyak bersedekah – Berbuat baik – Menundukkan mata – Menjaga kemaluan – Malu – Berilmu – Bersabar – Bersyukur – Zuhud – Berpuasa – Qiamullail – Banyak doa – Bertawakal kepada Allah – Mengingati Allah – Pemaaf – Ihsan – Sesungguhnya kebaikan itu sangat memberi cahaya kepada hati, kekuatan di dalam badan, mencerahkan wajah, meluaskan rezeki dan dikasihi di hati-hati makhluk.

Ahad, 28 Mac 2010

ZAHIRNYA DIRIMU

KELAHIRAN JUNJUNGAN MULIA SAIDINA MUHAMMADصلى الله عليه وسلم
Hari kelahiran Nabi صلى الله عليه وسلم kita adalah suatu nikmat yang amat besar kepada kita. Setiap kenikmatan tidak sempurna tanpa ada kesyukuran. Nikmat Allah yang tidak terhitung itu perlu kepada kesyukuran agar manusia tidak terjerumus di dalam kekufuran nikmatNya. Kesyukuran dapat dizahirkan dengan menyebut, mengingat nikmat itu dan menggunakannya pada tempat yang betul. Hari kelahiran Nabi صلى الله عليه وسلمatau lebih dikenali dengan Maulid ar-Rasulصلى الله عليه وسلم juga menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk mengingati dan menyebutnya. Amalan ini juga membuktikan bahawa kita amat berterima kasih kepada Allah dan Bagindaصلى الله عليه وسلم . Benarlah sabda Bagindaصلى الله عليه وسلم

”Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, nescaya dia tidak berterima kasih kepada Allah”.

Menyambut kelahiran Bagindaصلى الله عليه وسلم juga dianjurkan secara umum di dalam al-Quran pada ayat terakhir Surah Ad-Dhuha dengan firman Allah :

”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. ”

Tidakkah kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلمyang diakui oleh Allah sebagai rahmat sekalian alam adalah sebagai suatu nikmat yang agung? Benarlah kata guru saya Baba Muhammad Al-Firasi: Rahmat bererti nikmat daripada Allah yang dibesarkanNya. Baginda صلى الله عليه وسلم sendiri telah membuktikan kesyukurannya terhadap nikmat kelahirannya apabila Baginda صلى الله عليه وسلم seringkali berpuasa pada hari Isnin. Sahabat pernah bertanya tentang sebab amalan itu dilaksanakan oleh Bagindaصلى الله عليه وسلم . Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab :

” Itulah hari saya dilahirkan”.

Jika Baginda صلى الله عليه وسلم menyambut hari kelahirannya dengan melaksanakan sesuatu amalan yang berbentuk ibadat iaitu berpuasa, kenapa kita tidak boleh mengikuti sunnah Baginda صلى الله عليه وسلم dengan amalan berbentuk ibadat lain seperti kenduri, majlis ilmu, ceramah, berzikir dan lain-lain?
Seseorang pasti gembira dengan kelahiran anak, cucu atau saudaranya. Kegembiraan itu sebenarnya tidak dapat menandingi kegembiraan orang yang sempurna imannya terhadap kelahiran Junjungan Mulia صلى الله عليه وسلم . Baginda صلى الله عليه وسلم pernah bersabda:

”Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihiku lebih daripada dia mengasihi dirinya sendiri, ibu-bapanya dan sekalian manusia”.

Baginda juga pernah bersabda:

”Didikkanlah anak-anak kamu dengan 3 perkara, kasih kepadaku, kasih kepada keluargaku dan membaca al-Quran ”.

Orang yang mengasihi sesuatu pastinya bergembira apabila muncul apa yang dikasihinya. Allah telah mengarahkan kita agar bergembira dengan kewujudan Bagindaصلى الله عليه وسلم di dalam firmanNya Surah Yunus, ayat 58 :

Katakanlah: "Dengan kurnia Allah (yakni al-Quran) dan rahmat-Nya (yakni Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم), hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".

Apabila kita mengetahui bahawa sambutan hari kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلم adalah dianjurkan di dalam Islam, maka marilah sama-sama kita meneliti sedikit demi sedikit hikmah Allah memilih hari kelahiran kekasihNya صلى الله عليه وسلم ini. Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bertempat di Sya’bi Bani Hasyim.

Malam kelahiran Nabi صلى الله عليه وسلم kita menjadi idaman para orang yang bertaqwa kerana malam itu terlebih mulia daripada malam Lailatul Qadar, malam nuzul al-Quran, malam Jumaat dan malam-malam yang lain. Di sini saya ingin memetik beberapa hujah As-Syeikh Al-Khatib Al-Hajj Ar-Rihal Muhammad Bin Ahmad Bin Marjuq tentang kelebihan malam kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلم ke atas malam Laillatul Qadar. Antaranya ialah setiap kemuliaan sesuatu malam bergantung kepada sebab ianya dimuliakan. Maka kemuliaan malam kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلم disebabkan kelahiran sebaik-baik makhluk iaitu Baginda صلى الله عليه وسلم sendiri. Malam itu juga adalah malam kemunculan Baginda , manakala malam Lailatul Qadar adalah hadiah Allah untuk Baginda. Pastinya orang yang dihadiah itu lebih mulia daripada hadiah itu sendiri. Malam Lailatul Qadar menjadi mulia kerana turun padanya para malaikat tetapi malam kelahiran Baginda صلى الله عليه وسلمmenjadi mulia kerana munculnya diri Baginda صلى الله عليه وسلم. Maka pastinya diri Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lebih mulia daripada para malaikat. Malam Lailatul Qadar bermanfaat kepada golongan yang beramal pada waktu dan ketika itu sahaja tetapi malam kelahiran Baginda bermanfaat kepada semua makhluk pada setiap masa dan ketika.

Hari yang dipilih oleh Allah untuk menzahirkan kekasihNya صلى الله عليه وسلم di muka bumi ini ialah hari Isnin. Hari ini melambangkan kesuburan, keindahan, ketenangan, kebaikan dan keberkatan. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم di dalam Musnad Imam Ahmad :

” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta segala pokok pada hari Isnin”.

Segala makanan, rezeki, buah-buahan, kebaikan diciptakan pada hari itu kerana manusia berhajat kepadanya untuk hidup ,mengubati penyakit, melapangkan hati ketika melihatnya dan ketenangan jiwa. Begitu jugalah kewujudan Baginda صلى الله عليه وسلم pada hari itu sebenarnya menjadi penyejuk mata hati setiap makhluk Allah dan kebaikannya mengatasi segalanya.

Setelah kita mengetahui beberapa perkara di atas, mari pula kita hayati hikmat Allah Ta’ala memilih bulan Rabi’ul Awal sebagai bulan kelahiran Baginda sedangkan bulan itu tidak menjadi sebut-sebutan bagi orang arab ketika itu. Rabi’ bermakna musim bunga yang mana pada musim itu tumbuhlah benih-benih dengan suburnya. Ketika itu, udara tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap, cuaca pula tidak terlalu panas dan tidak terlalu basah, matahari pula tidak terlalu jauh dengan bumi dan tidak terlalu dekat dan malam serta siangnya tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat. Pada musim itu biasanya manusia dijauhi dengan segala penyakit, kekuatan badan mereka ditahap yang baik dan lapang hati mereka melihat tumbuh-tumbuhan mekar berkembang. Musim ini suatu musim yang pertengahan dari segala aspek dan setiap yang berada di pertengahan itu adalah sesuatu perkara yang paling baik. Bertepatanlah dengan sabda Baginda :

” Sebaik-baik perkara adalah yang dipertengahannya ”

Begitu jugalah keadaan agama Islam yang dibawa Insan yang dilahirkan pada tanggal 12 di musim bunga iaitu Nabi Muhammad yang menonjolkan kesederhanaan dan kemuliaan agamanya. Setengah ulama mengatakan bahawa, jikalau Baginda dilahirkan pada hari Jumaat dan pada bulan-bulan yang mashyur seperti Ramadhan, Syawal atau selainnya, pastinya ada orang yang tersalah anggap bahawa kelahiran Nabi menjadi mulia dengan sebab hari dan bulan-bulan tersebut. Sebenarnya kemulian Baginda lansung tidak bergantung kepada kelebihan yang lain sebaliknya kelebihan Baginda dipinta dari yang lain.






Ahad, 21 Mac 2010

Tanda Kenabian Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

عن الجعد بن عبد الرحمن قال : سمعت السائب يقول :

" ذَهَبْتُ بِيْ خَالَتِيْ إِلىَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ,

إِنَّ ابْنَ أُخْتِيْ وَجِعٌ فَمَسَحَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسِيْ , وَدَعَا لِيْ بِالْبَرَكَةِ

وَتَوَضَّأَ فَشَرَبْتُ مِنْ وَضُوْئِهِ , وَقُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ , فَنَظَرْتُ إِلىَ الْخَاتَم ِ

بَيْنَ كَتِفَيْه ِ, فَإِذاَ هُوَ مِثْلُ ِزرَّ الْحِجْلَةِ "

TERJEMAHAN

Telah berkata Saib Ibn Yazid : “ Telah pergi ibu saudaraku bersamaku kepada Nabi
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ maka dia berkata : Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya saudaraku sakit. Maka
Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menyapu kepalaku dan mendoakan bagiku akan keberkatan. Dan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mengambil wudhuk. Maka aku telah minum sebahagian daripada sisa-sisa wudhuknya dan aku berdiri di belakang tubuhnya صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ maka aku telah melihat akan tanda kenabian di antara dua bahu belakangnya صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . Maka tiba-tiba ianya seperti telur burung merpati.

Ahad, 7 Februari 2010

Berilmukah aku??

Saudaraku....Ilmu adalah cahaya, ilmu adalah hidayah, ilmu adalah pedoman, ilmu adalah penunjuk arah, ilmu adalah ubat bagi segala penyakit, ilmu adalah satu kelazatan, ilmu adalah nikmat dan ilmu adalah rezeki. Sesiapa yang merasa kelazatan ilmu, pasti mengetahuinya tanpa dapat mampu digambarkan dengan mulut dan sesiapa yang sudah mengetahuinya, pasti dia akan mengambilnya hingga tiada merasai kepuasan. Kenapa tidak? Sedangkan ilmu itu seperti lautan yang tiada bertepian.
Saudaraku....ilmu didapati dengan mengikut majlisnya. Majlisnya pula diiktirafi kecuali dengan wujudnya 4 perkara. Seandainya luput 1 daripada 4 perkara, maka lupuslah nama Majlis Ilmu. 4 perkara itu adalah guru, penuntut, buku dan tempat.
Saudaraku....Sesiapa yang tidak berguru, maka syaitanlah gurunya. Guru adalah seorang yang menjadi lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi sesuatu tempat. Tempat itu bersinar dengan cahaya dan orang yang berada di situ merasa selesa dengan kedatangannya. Namun, cahayanya ada tempoh dan masa. Cahayanya perlu diambil manfaat sehabis-habisnya. Cahayanya perlu di jaga agar tidak terpadam. Seandainya terpadam dengan sikap kekurang adab penuntutnya, maka ianya dapat dinyalakan semula dengan penyesalan. Tetapi, seandainya terpadam dengan sebab cairnya batang itu, maka penyesalan ketika itu tiada berguna.
Saudaraku....Perkara yang kedua adalah penuntut. Bagaimana ciri penuntut? Mereka ibarat helang yang menyambar. Mata mereka tajam dan pergerakkan mereka sangat tangkas. Mereka terlalu pantas di dalam berjalan, makan dan menulis. Mereka seperti Keldai yang sanggup berkhidmat untuk tuannya. Tuan mereka adalah guru. Mereka berjalan menundukkan kepada mengikut arahan. Mereka sanggup bersabar seperti lebah di dalam membina sarangnya yang sangat bermanfaat.
Saudaraku....Buku menjadi perkara yang ketiga. Buku untuk dibaca dan diingati. Buku untuk dihayati dan disanjungi. Membaca adalah kunci ilmu. Membaca adalah sunnah Nabi S.A.W walaupun baginda tidak membaca dengan melihat buku. Buku bukan untuk dijemu. Ulamak menjadikannya sebagai tabiat menimba ilmu. Selepas dibaca buku itu diserapkan di dalam kalbu untuk menjadi penentu. Penentu kebaikan dan keburukan yang akan dilaku. Ulama membacanya tanpa rasa jemu hinggakan sebuah kitab diulang beribu-ribu. Sebahagiannya mengulang-ulang bacaan sebelum bertemu dengan guru agar ilmu itu menjadi bertambah padu. Buku juga suatu syiar agama. Barang sesiapa yang mengagungkan syiarnya, maka itulah bukti ketaqwaan hatinya. Wahyu pertama membuktikan betapa pentingnya membaca. Malas membaca bukti kelemahan di dalam jiwa. Membaca pengubat luka, pemulih suasana, penyeri segalanya kerana ianya sumber cahaya. Buku yang terbaik adalah Al-Quran ,Hadis dan buku-buku agama.
Saudaraku....Yang keempat ialah tempat. Semua makhluk bertempat. Maka carilah sebanyak mungkin tempat untuk dijadikan ibadat. Sesungguhnya setiap tempat menjadi saksi di akhirat. Tempat memberi manfaat dan mudharat di akhirat. Hanya Allah tiada bertempat. Allah yang menciptakan tempat, bagaimana Allah pula berhajat kepada tempat. Tempat membaca dan menuntut ilmu menjadi taman daripada taman-taman syurga. Oleh itu, kita perlu beringat dan bersedia kerana hidup kita tidaklah lama. Harumkan tempat dengan ibadat selama-lama. Jangan cuba keluar darinya kerana ajakan syaitan durjana. Biar letih dan penat semua itu akan dikira dan diberi ganjaran pahala. Putuskan hubungan dengan mereka (syaitan) selama-lama dengan bersama insan-insan yang mulia. Itulah manfaat yang membawa kita bahagia.

Selasa, 19 Januari 2010

Mukjizat Rasulullah S.A.W

Daripada Jabir Ibn Samurah katanya : Telah bersabda Rasulullah S.A.W : " Sesungguhnya aku sangat mengenali batu yang berada di Mekah yang mana ia pernah memberi salam ke atasku sebelum aku diutuskan menjadi Rasul. Sesungguhnya aku sangat mengenalinya sekarang. "

( Riwayat Imam Muslim di dalam Sohehnya dan riwayat selainnya. Terdapat riwayat daripada Imam At-Tirmizi daripada Saidina Ali Alaihi As-Salam katanya: Pernah aku bersama Nabi di Mekah dan kami keluar ke sesetengah pelusuk Mekah. Maka tidaklah Nabi mengadap bukit dan pokok kecuali ianya berkata : Assalamualaika Ya Rasulullah. - Aku (Musonnif) katakan kisah batu dan pokok memberi salam kepada Nabi datang dari berbilang-bilang jalanan sanad )

Daripada Ibnu Mas'ud katanya: " bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah . Sebelah di atas bukit dan sebelah lagi di bukit yang lain". Maka bersabda Rasulullah :" Bersaksilah".

Imam Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis ini, dan bagi kisah ini terdapat berbilang-bilang riwayat daripada Ibnu Mas'ud, Anas, Ibnu Abbas di dalam kitab Imam Bukhari dan Muslim, dan daripada Ibnu Umar di dalam kitab Soheh Muslim, dan daripada Jubair Bin Math'am di dalam kitab Abi Nu'aim Baihaqi dan selain mereka.

Ahad, 10 Januari 2010

اعتصام النقشبندى

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya[79]. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.

[76] Maksudnya: kitab-kitab sihir.
[77] syaitan-syaitan itu menyebarkan berita-berita bohong, bahwa nabi Sulaiman menyimpan lembaran-lembaran sihir (Ibnu Katsir).
[78] para Mufassirin berlainan pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang malaikat itu. ada yang berpendapat, mereka betul-betul malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti malaikat.ا
[79] Berbacam-macam sihir yang dikerjakan orang Yahudi, sampai kepada sihir untuk mencerai-beraikan masyarakat seperti mencerai-beraikan suami isteri.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

يا حبيب الفقراء , ويا أنيس الغرباء , ويا معين الضعفاء , وياعظيم الرجاء , ويا دليل المستجيرين , ويا غياث المستغيثين , يا حي , يا قيوم , يا حنان , يا منان , يا الله , يا مسبب الأسباب , يا مفتح الأبواب , يا مقلب القلوب والأبصار , يا ذا الجلال ولإكرام , فاغفر لي , وارحمني , واعف عني برحمتك يا أرحم الراحمين
Wahai Yang Mengasihi orang-orang yang berhajat, wahai Yang Melihat orang-orang yang terasing, wahai Penolong orang-orang yang lemah, wahai Yang Memuliakan orang-orang yang berharap, wahai Penunjuk orang-orang yang , wahai Yang Menurunkan hujan kepada orang-orang yang sangat memerlukan, wahai Maha Penghidup, wahai Maha Penjaga, wahai Maha Penyayang, wahai Yang bermegah dengan pembelianNya , wahai Allah, wahai Pencipta sebab-musabab, wahai Pembuka segala pintu, wahai Yang Mengalih segala hati dan pandangan, wahai Yang Mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan, ampunkanlah hambamu ini, rahmatilah hambamu ini, maafkanlah hambamu ini dengan kerahmatanMu, wahai Yang telebih penyayang dari kalangan yang bersifat penyayang.

بسم الله الرحمن الرحيم


إلهى كيف أدعوك وأنا أنا ؟ وكيف أقطع رجاءي عنك وأنت أنت ؟
Tuhanku, bagaimana aku hendak berdoa kepadamu sedangkan aku adalah aku ? (yakni: aku adalah hambaMu yang Engkau cipta semua pergerakkanku) dan bagaimana aku hendak memutuskan pengharapan kepadamu sedangkan Engkau adalah Engkau ? (yakni: Engkau tempat semua makhluk bergantung harapan)

إلهى إن لم أدعوك فتستجيب لي فمن الذى ادعوه فيستجيب لي ؟
Tuhanku, jika belum lagi berdoa kepadaMu namun Engkau telah berjanji menerima semua doaku, maka siapakah lagi yang paling layak bagi aku berdoa kepadanya untuk dia menerima doaku ?

إلهى إن لم أسألك فتعطيني فمن الذى أسأله فيعطيني ؟
Tuhanku, jika aku belum meminta kepadamu namun Engkau telah memberikan segalanya untukku, maka kepada siapa lagikah aku mahu meminta untuk dia memberi kepadaku ?

إلهي إن لم أتضرع إليك فمن الذى أتضرع إليه فيرحمني ؟
Tuhanku, jika aku tidak menghinakan diri kepadaMu, maka kepada siapa lagikah aku hendak menghinakan diri untuk aku dirahmat ?

إلهى كما فلقت البحر لموسى , وجعلت النار بردا وسلاما على إبراهيم , فنجيتهما من ذلك , أسألك أن تنجيني مما أنا فيه , وأن تجعل لي فرجا ومخرجا مما أنا فيه ,
Tuhanku, sepertimana Engkau telah membelah laut untuk Musa, dan Engkau jadikan api itu sejuk dan selamat ke atas Ibrahim, lalu Engkau telah lepaskan mereka dari kedua-dua masalah itu, aku memohon agar Engkau bebaskan daripada segala (hijab) yang membelenggu diriku, dan aku memohon agar Engkau jadikan bagiku lubang dan pintu untuk aku keluar dari segala (hijab) yang membelenggu diriku.

بسم الله الرحمن الرحيم .
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

لاإله إلا الله , سيدنا محمد رسول الله حقا.
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Penghulu kami iaitu Muhammad adalah pesuruh Allah yang sebenar.

وصل على كل نبي وملك.
Dan Engkau agungkanlah setiap nabi dan malaikat.

أستغفر الله من جميع ما كره الله قولا وفعلا وخاطرا وناظرا وأتوب إليه .
Aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala perkara yang dibenci oleh Allah samada perkataan , perbuatan, lintasan hati, pandangan dan penelitian, dan aku bertaubat (yakni kembali mengingati) kepada Allah.

وأسأله التوبة والمغفرة والهداية , إنه هو التواب الرحيم ,
Dan aku memohon penerimaan taubat, keampunan dan hidayah, sesungguhnya Dialah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang ,

واعف عنا يا كريم , واغفر لنا يا رحمن يا رحيم , يا ملك , يا قدوس , يا ذالجلال والإكرام , برحمتك يا أرحم الراحمين.
Dan maafkanlah kami wahai Yang Maha Mulia, dan ampunilah kami wahai Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, wahai Yang Maha Memerintah, wahai Yang Maha Suci, wahai Yang Maha Mempunyai keagungan dan Kemuliaan, dengan kasih sayangMu wahai Yang Maha Penyayang daripada segala yang penyayang.


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

اللهم بالحق أنزلته وبالحق نزل ,
Ya Allah, dengan keberkatan kebenaran yang sentiasa Engkau turunkan dan dengan keberkatan Al-Quran yang telah turun,

اللهم عظم فيه رغبتي , واجعله نورا لبصري وشفاء لصدري.
Ya Allah, muliakanlah kegemaranku padanya ( yakni pada Al-Quran) , dan Engkau jadikanlah ianya cahaya bagi penglihatanku dan pengubat bagi hatiku.

اللهم زين به لساني , وجمل به وجهي , وقو به جسدي , وارزقني تلاوته على طاعتك آناء الليل وأطراف النهار , واحشرني مع النبي وآله الأخيار برحمتك ( يا أرحم الراحمين – 3x )
Ya Allah , hiasilah lidahku dengannya, dan serikanlah wajahku dengan sebabnya, dan kuatkanlah daku dengan sebabnya, dan kurniakanlah daku taufiq untuk membacanya sebagai ketaatan kepadaMu sepanjang malam dan siang, dan himpunkanlah daku di padang mahsyar bersama segala Nabi Muhammad dan keluarganya yang terpilih dengan sebab rahmatMu, ( wahai Yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang -3x )

بسم الله الرحمن الرحيم . لاإله إلا الله – 100x.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada tuhan yang sebenarnya disembah kecuali Allah -100x.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد أنفاس المخلوقات ,
Ya Allah , bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad sebanyak bilangan sekelian makhluk.

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد أشعار الموجودات ,
Ya Allah , bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad sebanyak bilangan bulu-bulu sekelian yang wujud.

وصل على سيدنا محمد بعدد حروف اللوح والدعوات ,
Ya Allah , bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad sebanyak bilangan huruf di luh mahfuz dan huruf-huruf segala doa,

وصل على سيدنا محمد بعدد سواكن السبع أراضين والسموات ,
Ya Allah , bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad sebanyak bilangan penghuni tujuh lapis bumi dan langit,

وصل على سيدنا محمد بعدد ما خلق من البدايات والنهايات , ومن المعلومات والموجودات والمجهولات إلى أبد الآباد,
Ya Allah , bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad dengan sebanyak bilangan makhluk yang diciptakan semenjak awal dahulu dan akhir, dan sebanyak makhluk yang diketahui dan yang wujud, dan yang tidak diketahui sehinggalah selama-lamanya.

وصل على سيدنا محمد النبي المختار بعدد من صلى عليه من الأخيار ,
Ya Allah, bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad Nabi yang terpilih sebanyak bilangan orang terpilih yang sentiasa bersalawat ke atasnya,

وعدد من لم يصل عليه من الأشرار,
Dan sebanyak bilangan orang jahat yang tidak bersalawat ke atasnya,

وعدد قطرات الأمطار ,
Dan sebanyak bilangan titisan air hujan ,

وعدد أمواج البحار ,
Dan sebanyak buih di lautan-lautan,

وعدد الرمال فى القفار,
Dan sebanyak pasir di tepian pantai-pantai,

وعدد أوراق الأشجار ,
Dan sebanyak daun pokok-pokok,

وعدد أنفاس المستغفرين بالأسحار,
Dan sebanyak bilangan nafas orang-orang yang beristiqfar pada waktu sahur,

وعدد ما كان وما يكون إلى يوم الحشر والقرار ,
Dan sebilangan apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku hingga ke hari perhimpunan di padang mahsyar dan

وصل عليه ما تعاقب الليل والنهار ,
Ya Allah, bersalawatlah kepadanya sepanjang masa bersilih ganti malam dan siang,

وصل على سيدنا محمد عدد ما اختلف الملوان , وتعاقب العصران , وكر الجديدان , واستقبل الفرقدان,
Ya Allah, bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad sebanyak bilangan pembesar-pembesar yang berselisih, dan silih ganti malam dan siang, dan bertukar ganti benda-benda baharu, dan disambut dua tanah suci (yakni Mekah dan Madinah)

وبلغ روحه وأرواح أهل بيته منا التحية والسلام.
Dan sampaikanlah salam dan ucapan kemuliaan kepada ruhnya dan ruh –ruh ahli baitnya daripada kami.

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات , وتقضى لنا بها جميع الحاجات , وتطهرنا بها من جميع السيئات , وترفعنا بها أعلى الدرجات , وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات , وسلم تسليما كثيرا.
Ya Allah, bersalawatlah ke atas penghulu kami iaitu Muhammad sebagai salawat yang dapat membebaskan kami dari segala kesusahan dan segala penyakit (yakni penyakit hati dan jasmani) , dan diperkenankan segala hajat kami dengan sebabnya (yakni dengan sebab solawat), dan disucikan kami dari segala kejahatan dengan sebabnya, dan diangkatkan kami setinggi-tinggi darjat dengan sebabnya, dan disampaikan kami sejauh-jauh tujuan daripada segala kebaikan di dalam kehidupan dan selepas kematian dengan sebabnya, dan sejahterakanlah Baginda dengan kesejahteraan yang sangat banyak.

اللهم صل على سيدنا ونبينا ورسولنا وطبيب قلوبنا وشفيع ذنوبنا ومرشدنا وهادينا محمد عبدك وحبيبك ورسولك النبي الأمي وعلى آله الأخيار وصحابته الأبرار وعلى جميع الأنبياء والمرسلين والمؤمنين والمؤمنات وسلم تسليما بعدد ما علم الله .
Ya Allah, bersolawatlah ke atas penghulu kami, nabi kami, rasul kami, yang membaiki hati-hati kami, yang memberi bantuan syafaat ke atas dosa-dosa kami, yang sentiasa membimbing kami , yang sentiasa memberi hidayah kepada kami, iaitu Muhammad, hambaMU, kekasihMU, rasulMu, nabi yang ummi (yakni nabi yang hanya mengambil sumber ilmu dari Allah) , dan ke atas keluarganya yang terpilih, sahabatnya yang sangat banyak melalukan kebaikan, dan ke atas sekalian nabi dan rasul, mukmin lelaki dan perempuan, dan sejahteralah sebenar-benar sejahtera sebanyak bilangan apa-apa yang diketahui oleh Allah.

سبحان ربك رب العزة عما يصفون , وسلام على المرسلين , والحمد لله رب العالمين, وبه الحول والقوة.
Maha suci Engkau, Tuhan yang Maha Mulia lagi ternafi daripada apa yang disifatkan oleh orang kafir, kesesahteraan ke atas utusan-utusanNya, segala puji bagi Allah iaitu Tuhan sekalian alam. Hanya dengan pertolonganNya segala maksiat berdaya untuk dijauhi dan segala ketaatan dapat dilaksanakan dengan kekuatan yang diberi.

رب سهل ويسر ولا تعسر علينا , يا ميسر كل عسير -3x
Ya Tuhanku, senangkanlah serta permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan ke atas kami, wahai Yang Maha Permudah segala yang sukar.

( Kemudian niatlah maksud dan hajat kita sambil mengangkat tangan dan membaca al-Fatihah untuk maksud itu , kemudian sapukan ke muka. Seterusnya mulakan bacaan Wirid dengan penuh semangat dan ikhlas.)

Selasa, 5 Januari 2010

KEWALIAN IMAM AS-SYAFI'E ( part 1 )

Beliau ialah seperti dakwat bagi umat Islam, sultan bagi imam-imam. Namanya Muhammad Bin Idris Bin Al-‘Abbas Bin Usman Bin Syafi’ Bin As-Saaib Bin ‘Ubaid Bin Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf iaitu datuk Nabi Muhammad . berdasarkan pendapat yang paling tepat, Imam Syafi’e dilahirkan di Gaza pada tahun 150 hijrah. Kemudian beliau dibawa ke Mekah ketika berumur 2 tahun dan membesar di sana. Beliau berjaya menghafaz Al-Quran ketika berumur 7 tahun dan Kitab Muwattho ketika berumur 10 tahun. Beliau juga bertalakhi dengan seorang guru yang bernama Muslim Bin Khalid iaitu Mufti Mekah yang dikenali dengan Az-Zanji. Gurunya mengizinkannya untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun.

Ketika waktu kecil, Iman As-Syafi’e melazimi dengan majlis-majlis ulamak dan mengarang ilmu-ilmu yang bermanfaat. Kemudian beliau pergi kepada Imam Malik di Madinah dan melaziminya di dalam menuntu ilmu. Selepas itu, beliau telah pergi ke Baghdad pada tahun 195 hijrah lalu menetap di sana selama 2 tahun dan di sanalah ulamak-ulamak Baghdad berkumpul untuk menuntut ilmu dengan Imam As-Syafi’e. mereka juga mengikut mazhab yang dibawa oleh Imam As-Syafi’e. beliau telah mengarang sebuah kitab pendapat qodim (lama) yang dinamakan Al-Hujjah. Kemudian beliau kembali ke Mekah lalu menetap di sana beberapa ketika. Selepas itu, beliau kembali ke Baghdad pada tahun 198 hijrah ,lalu menetap di sana beberapa bulan. Kemudian keluar menuju ke Mesir dan sentiasa menabur ilmu serta menyibukkan diri masjidnya yang bersejarah. Di Mesir, muncullah kata-kata dan ilmu-ilmunya. Maka memenuhi kitabnya yang Jadid ke atas murid-muridnya dengan pendapatnya yang baru.
Tersebarlah ilmunya di sekelian pelusuk bumi dan mendahului ilmunya ke atas imam-imam yang lain dari segi perselisihan pendapat dan persamaan pendapat. Dibawakan hadis yang masyhur ini ke atas Imam As-Syafi’e :

“ Orang alim dari kaum Quraish ilmunya memenuhi lapisan bumi”

Imam As-Syafi’e juga sangat tinggi keilmuannya di dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar Nasir as-Sunnah ( Penolong as-Sunnah ). Beliau mengasaskan ilmu Usul Fiqh melalui kitabnya Ar-Risalah . Berkembang mazhabnya di atas landasan Al-Quran dan As-Sunnah yang soheh. Beliau pernah berkata :

“ Jika soheh sesuatu hadis itu , maka ianya di dalam mazhabku “.

Imam Ahmad pernah mengungkapkan kata:

“ Aku tidak pernah melihat orang yang terlebih baik daripada As-Syafi’e di dalam mengikut ajaran Hadis “

Imam As-Syafi’e juga seorang ahli Tasawwuf yang cukup agung selain dari keunggulannya di dalam Ilmu Syariah. Kenapa tidak, sedangkan beliau Imam mazhab yang diikuti oleh wali-wali qhutub sufi seperti Sultan Wali Sayyid Ahmad Badawi , Sayyid Ibrahim Ad-Dusuqi, Imam As-Syakrani dan lain-lain. Ibadat beliau telah membuktikan kepada kita bahawa beliau sangat taat kepada Allah. Imam As-Syakrani menceritakan perihal Al-Imam As-Syafi’e di dalam kitabnya:

“ Adalah kebiasaan beliau mem bahagikan malamnya kepada 3 bahagian: Bahagian pertama beliau mengarang kitab, bahagian kedua beliau bersembahyang, dan bahagian ketiga beliau tidur. Di dalam riwayat yang lain menceritakan bahawa beliau tidak tidur malam kecuali sebentar sahaja. Kebiasaan beliau mengkhatam Al-Quran sekali setiap malam. Beliau juga berkata : “ Saya tidak pernah berbohong, tidak pernah bersumpah dengan nama Allah samada benar ataupun salah, saya tidak pernah tinggal mandi sunat Jumaat walaupun cuacu sejuk, di dalam bermusafir dan menetap di rumah. Saya juga tidak pernah kenyang semenjak 16 tahun kecuali sekali sahaja “.

Berkata Bahr Bin Nasr :” Aku tidak pernah melihat dan mendengar seseorang di zaman As-Syafi’e yang terlebih bertaqwa kepada Allah dan terlebih wara’ daripada As-Syafi’e , dan tiada seorang pun yang terlebih merdu suaranya di dalam membaca al-Quran daripadanya.”

anda pelawat yang ke-

Pengikut