Selasa, 5 Januari 2010

KEWALIAN IMAM AS-SYAFI'E ( part 1 )

Beliau ialah seperti dakwat bagi umat Islam, sultan bagi imam-imam. Namanya Muhammad Bin Idris Bin Al-‘Abbas Bin Usman Bin Syafi’ Bin As-Saaib Bin ‘Ubaid Bin Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf iaitu datuk Nabi Muhammad . berdasarkan pendapat yang paling tepat, Imam Syafi’e dilahirkan di Gaza pada tahun 150 hijrah. Kemudian beliau dibawa ke Mekah ketika berumur 2 tahun dan membesar di sana. Beliau berjaya menghafaz Al-Quran ketika berumur 7 tahun dan Kitab Muwattho ketika berumur 10 tahun. Beliau juga bertalakhi dengan seorang guru yang bernama Muslim Bin Khalid iaitu Mufti Mekah yang dikenali dengan Az-Zanji. Gurunya mengizinkannya untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun.

Ketika waktu kecil, Iman As-Syafi’e melazimi dengan majlis-majlis ulamak dan mengarang ilmu-ilmu yang bermanfaat. Kemudian beliau pergi kepada Imam Malik di Madinah dan melaziminya di dalam menuntu ilmu. Selepas itu, beliau telah pergi ke Baghdad pada tahun 195 hijrah lalu menetap di sana selama 2 tahun dan di sanalah ulamak-ulamak Baghdad berkumpul untuk menuntut ilmu dengan Imam As-Syafi’e. mereka juga mengikut mazhab yang dibawa oleh Imam As-Syafi’e. beliau telah mengarang sebuah kitab pendapat qodim (lama) yang dinamakan Al-Hujjah. Kemudian beliau kembali ke Mekah lalu menetap di sana beberapa ketika. Selepas itu, beliau kembali ke Baghdad pada tahun 198 hijrah ,lalu menetap di sana beberapa bulan. Kemudian keluar menuju ke Mesir dan sentiasa menabur ilmu serta menyibukkan diri masjidnya yang bersejarah. Di Mesir, muncullah kata-kata dan ilmu-ilmunya. Maka memenuhi kitabnya yang Jadid ke atas murid-muridnya dengan pendapatnya yang baru.
Tersebarlah ilmunya di sekelian pelusuk bumi dan mendahului ilmunya ke atas imam-imam yang lain dari segi perselisihan pendapat dan persamaan pendapat. Dibawakan hadis yang masyhur ini ke atas Imam As-Syafi’e :

“ Orang alim dari kaum Quraish ilmunya memenuhi lapisan bumi”

Imam As-Syafi’e juga sangat tinggi keilmuannya di dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar Nasir as-Sunnah ( Penolong as-Sunnah ). Beliau mengasaskan ilmu Usul Fiqh melalui kitabnya Ar-Risalah . Berkembang mazhabnya di atas landasan Al-Quran dan As-Sunnah yang soheh. Beliau pernah berkata :

“ Jika soheh sesuatu hadis itu , maka ianya di dalam mazhabku “.

Imam Ahmad pernah mengungkapkan kata:

“ Aku tidak pernah melihat orang yang terlebih baik daripada As-Syafi’e di dalam mengikut ajaran Hadis “

Imam As-Syafi’e juga seorang ahli Tasawwuf yang cukup agung selain dari keunggulannya di dalam Ilmu Syariah. Kenapa tidak, sedangkan beliau Imam mazhab yang diikuti oleh wali-wali qhutub sufi seperti Sultan Wali Sayyid Ahmad Badawi , Sayyid Ibrahim Ad-Dusuqi, Imam As-Syakrani dan lain-lain. Ibadat beliau telah membuktikan kepada kita bahawa beliau sangat taat kepada Allah. Imam As-Syakrani menceritakan perihal Al-Imam As-Syafi’e di dalam kitabnya:

“ Adalah kebiasaan beliau mem bahagikan malamnya kepada 3 bahagian: Bahagian pertama beliau mengarang kitab, bahagian kedua beliau bersembahyang, dan bahagian ketiga beliau tidur. Di dalam riwayat yang lain menceritakan bahawa beliau tidak tidur malam kecuali sebentar sahaja. Kebiasaan beliau mengkhatam Al-Quran sekali setiap malam. Beliau juga berkata : “ Saya tidak pernah berbohong, tidak pernah bersumpah dengan nama Allah samada benar ataupun salah, saya tidak pernah tinggal mandi sunat Jumaat walaupun cuacu sejuk, di dalam bermusafir dan menetap di rumah. Saya juga tidak pernah kenyang semenjak 16 tahun kecuali sekali sahaja “.

Berkata Bahr Bin Nasr :” Aku tidak pernah melihat dan mendengar seseorang di zaman As-Syafi’e yang terlebih bertaqwa kepada Allah dan terlebih wara’ daripada As-Syafi’e , dan tiada seorang pun yang terlebih merdu suaranya di dalam membaca al-Quran daripadanya.”

anda pelawat yang ke-

Pengikut