Ahad, 13 Mac 2011

SUKA @ BENCI

SUKA @ BENCI


Kalau disoal tentang kematian, siapakah gerangan empunya badan yang sangat menyukai dan mencintainya? Kalau diberi talian hayat sebanyak 10 tahun @ 20 tahun pasti berpusu-pusu merebutnya. Jelas sekali bahawa kematian perkara yang dibenci dan kehidupan perkara yang dicintai , tetapi kenapa Baginda S.A.W bersabda:
" Sesiapa yang mencintai untuk bertemu Allah (yakni mati) nescaya Allah juga akan mencintainya, dan sesiapa pula yang membenci pertemuan dengan Allah (yakni mati) nescaya Allah akan membencinya "
Jika dilihat pada zahir hadis , kita akan dapati bahawa sedikit manusia bahkan tiada orang yang mencintai mati. Bukan seperti yang difahami di zahir hadis. Makna hadis ini adalah orang yang hampir mati akan diperlihatkan kepadanya tempat kembalinya samada syurga @ neraka. Ketika itulah si nazar tadi akan bergembira dan menyukai syurga yang disediakan kepadanya, lalu dia sangat mencintai dan menginginkan kematian secepat mungkin. Ketika itu Allah juga akan mencintainya.
Berbeza pula golongan yang melihat ketika nazar akan neraka yang disediakan kepada mereka. Pastinya mereka akan membencinya dan tidak menginginkan kematian. Ketika itu Allah juga akan membenci mereka.
Bagaimana pula dengan kita semua? Agak-agaknya tergolongan dalam golongan mana? Mudah-mudahan Allah golongkan kita di dalam golongan yang mencintai mati dan pertemuan dengan Allah kerana mati itu tangga atau titian untuk kita sampai ke syurga Allah. Jadi, amalan yang mempercepatkan kita ke syurga Allah setelah mati adalah dengan membaca Ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu. Itulah janji Nabi kita S.A.W kepada kita. Amalkanlah mudah-mudahan diredhai Allah.

anda pelawat yang ke-

Pengikut