Sabtu, 25 Julai 2009

WANITA SOLEHAH


WANITA SOLEHAH

Wanita dizaman Yunan dan Rom adalah seorang hamba yang di miliki didalam rumah penjaga atau dibawah bapanya, kemudian berpindah milik ke rumah suaminya. Perempuan tersebut tidak boleh memiliki sesuatupun baginya. Perempuan di sisi mereka merupakan makhluk yang unik iaitu pelik atau “gharib” bukan jenis lelaki. Perempuan juga mempunyai alamat dan tabiat lain dari tabiat manusia. Bagi mereka sifat kemanusiaan hanya bagi lelaki sahaja.
Demikian juga pada zaman Jahiliah, apabila seseorang perempuan melahirkan anak perempuan maka dibunuh akan anak perempuan itu melainkan anak lelaki. Begitu juga yang telah berlaku kepada Saidina Umar t yang telah membunuh anak perempuannya.
Apabila datang Islam yang dibawa oleh Rasulullah, maka Islam memberi kemerdekaan terhadap perempuan dan juga kehormatan dan keramatnya kepada mereka. Islam menyamai diantara lelaki dan segala hak-hak dan kewajipan samada maknawiyah atau harta kecuali beberapa perkara yang sedikit yang di perbezakan diantara lelaki dan perempuan pada tabiat daripada kedua-duanya
Perempuan itu saudara yang sama dengan lelaki pada kewajipan tuntutan Syara` Allah, Dia mewajibkan solat, puasa, zakat, haji, jual beli serta bekerja dengan pekerjaan yang munasabah dengan tabiat mereka yang sesuai perkara itu atau keadaan yang memaksa.
Firman Allah Ta`ala:

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ [1]

Ertinya: Dan janganlah kamu bercita-cita kepada perkara yang melebihi oleh Allah setengah kamu atas setengah kerana bagi lelaki itu ada habuannya daripada apa yang mereka usahakan begitu juga kepada perempuan ada habuan daripada apa yang mereka kerjakan.

Mafhum daripada ayat ini bahawa Islam itu datang untuk menyamai lelaki dan perempuan pada hak-hak dan segala kewajipan melainkan dari beberapa perkara yang Allah melebihi setangah atas setengah.

Manusia itu ada beberapa peringkat, peringkat kanak-kanak . peringkat muda yakni remaja, peringkat berumah tangga dan peringkat tua, demikian juga Tuhan menjadikan asal kejadian manusia didalam rahim ibunya beberapa peringkat, peringkat permulaan dari air mani kemudian peringkat segumpal darah kemudian segumpal daging selepas itu dijadikan tulang belulang dan seteruskan dijadikan bentuk manusia.

Apabila sampai ke peringkat rumah tangga, memilih seorang lelaki untuk menjadikan isterinya akan seorang perempuan yang solehah yakni baik supaya boleh menjaga rumah tangga dan mentaati suaminya serta dapat mendidik anak-anaknya dengan didikan Islam apabila di kurniakan anak nanti, dan paling utama isteri yang solehah itu akan membawa keseronokan kepada suami.

APAKAH PENGERTIAN MAKNA WANITA SOLEHAH? BAGAIMANA KELAKUAN SIFATNYA?

Pengertian wanita solehah atau dalam bahasa Arabnya itu ialah مرأة صالحة kalimat مرأة itu ialah “Muanath” daripada المرأ iaitu “insanah” seorang perempaun yang mempunyai faraj asalnya daripada lelaki dijadikan perempuan itu daripada tulang rusuk lelaki yang kiri disebelah bawah.

Dalil yang menunjukkan bahawa Allah menjadikan perempuan itu daripada lelaki FirmanNya:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء[2]

Ertinya: wahai manusia! Takutilah akan Tuhan yang menjadikan kamu daripada satu diri iaitu Adam u dan Allah menjadikan diri yang satu itu seorang perempuan sebai isteri iaitu Hawa, dan Allah mengurniakan zuriat daripada keduanya itu akan beberapa lelaki dan perempuan yang baik.

Sabda Rasulullah r yang menyaksi bahawa perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki:
واستوصوا بالنساء خَيراً فإِنهنَّ خُلِقنَ من ضِلَع[3]

Ertinya: Beri pengajaran yang baik kamu dengan segala perempuan itu kerana bahawa mereka dijadikan dari tulang rusuk.

Dan juga disebut dalam Hadis yang lain

خُلِقَتْ حَوَّاءُ مِنْ ضَلْعٍ عَوْجَاءَ

Ertinya: Dijadikan Hawa itu daripada tulang rusuk bengkok.

Maksud Hadis diatas tersebut bahawa tabiat asal wanita itu tidak seperti lelaki dengan sifat tetap pendirian, maka wanita berhajat kepada penasihat yang baik yang boleh membimbing mereka dari perkara yang salah kepada yang betul dan dari kekurangan kepada kesempurnaan.
Kalimat صالحة itu lawanya فاسدة baik dengan makna suatu perkara yang memberi manfaat dan yang munasabah yang patut dengan kita. Boleh dikatakan sesuatu itu jadi baik bagi kita.

Berkata Pengarang “Mukjam Wasit” صالحة itu perempuan yang betul pendirian dan yang menunaikan kewajipannya, maka مرأة صالحة itu perempuan yang baik yakni tetap pendirian yang betul serta menunaikan segala kewajipan syara` keatasnya.

Makna مرأة صالحة pada Syara` ialah perempuan yang mempunyai pendidikan agama dan mentaati kepada suaminya pada segala suruhannya, dan menjaga dirinya, harta suaminya dan amanahnya pada ketika suami tiada di rumah.

Firman Allah Ta`ala pada menyatakan perempuan yang solihat dalam surah An-Nisa:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّه[4]ُ

Ertinya: perempuan solihah itu ialah perempuan yang mentaati suami dan menjaga dengan hak-hak suaminya serta menjaga dirinya daripada sifat keji ketika suaminya tiada.


SIFAT-SIFAT PEREMPUAN YANG SOLEHAH

Sifat-sifat perempuan yang baik itu sangat banyak antaranya:

1- Perempuan yang mempunyai didikan agama
2- Perempuan yang mentaati suaminya.
3- Perempuan yang menjaga hak-hak suaminya dan amanah, serta diri sendiri ketika ketiadaan suaminya di rumah.
4- Beradab sopan yang baik.
5- Tidak membuat fitnah dan khianat kepada suaminya.


PEREMPUAN YANG MEMPUNYAI AJARAN AGAMA

Telah kita maklumi bahawa agama itu menjadi teraju bagi kita, agamalah yang memandu kita kepada kebaikan dan menegah kita melakukan kemungkaran atau kejahatan yang membawa kepada neraka.

Maka seorang perempuan itu apabila mempunyai didikan agama sudah tentu dia tahu apa yang mesti dilakukan dan haknya terhadap suami, apakah perkara yang dia mesti taati serta apakah tanggungjawabnya?

Sebab demikian Nabi r menyuruh kita kita memilih perempuan yang beragama ketika hendak berumahtangga, Sabda Nabi r

تُنْكَحُ النِّسَاءُ لأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ[5]

Ertinya: Nikahilah kamu akan perempuan empat perkara atau empat sifat: kerana hartanya, kerana elokkanya, kerana keturunan, kerana agamanya jika tidak kuasa pilih seseorang akan semuanya maka pilihlah yang mempunyai agama, kerana pilihan yang lain rugilah dan sesal di akhir nanti.

Dan Rasulullah juga menegah pilih perempuan yang mempunyai harta dan elok paras rupan kerana akan membawa kepada binasa.

Sabda Rasulullah r pada Hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru t katanya “aku mendengar Rasulullah bersabda”:

لا تَنْكِحُوا النساءَ لِـحُسْنِهِنَّ، فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيْهِنَّ، وَلاَ تَنْكِحُوا النساءَ لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيْهِنَّ، وانْكِحُوهُنَّ علـى الدِّينِ، فَلأَمَةٌ سوداءُ خَرْقَاءُ ذاتُ دِينٍ أَفْضَلُ[6]

Ertinya: Janganlah kamu kahwin perempuan kerana kecantikannya, dikhuatiri dengan kecantikan itu akan membinasakannya dan jangan nikah perempuan yang kaya, dikhuatiri dengan kekayaannya akan menzaliminya, kahwinilah perempuan yang mempunyai didikan agama kerana agama akan memberi nikmat kepadamu, Nabi menambah lagi hamba perempuan yang hitam mempunyai agama lebih baik bagi kamu.

Allah Ta`ala menyuruh perempuan itu memperbaiki bacaan Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab agama dirumah. Firman Allah:

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا [7]

Ertinya: Bacakanlah atau dengarkanlah segala perempuan akan Quran, Hadis dan kitab-kitab agama dirumahnya, sesungguhnya Allah itu sengat lemah lembut dan mengetahui.
Jika perempuan itu belum baik lagi waktu sekarang, maka diharap dapat di perbaiki di masa akan datang kerana tabiat asal mereka tuhan sudah menjadikan sedemikian.

Sabda Rasulullah r :

واستوصوا بالنساء خَيراً فإِنهنَّ خُلِقنَ من ضِلَع، وإنَّ أعْوَجَ شيءٍ في الضلَع أعلاه، فإِن ذَهبتَ تُقيمه كَسَرتَه، وإن تركتَهُ لم يَزَل أعوجَ، فاستَوصوا بالنساء خَيراً[8]

Ertinya: Wasiat mengajar kamu dengan perempuan itu perkara baik kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk serta lebih bengkok daripada tulang itu di sebelah atas, maka pergi engkau membetuli yang patah itu, jika kamu tidak membetulinya nescaya sentiasa bengkok.


PEREMPUAN YANG MENTAATI SUAMINYA

Setengah daripada sifat perempuan yang solehah ialah metaati suami segala suruhannya melainkan suruhan pada maksiatnya kepada Allah maka tidak boleh perempuan itu taat akan suruhan itu kerana sabda Rasulullah r:

لا طاَعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ .

Sabda Rsulullah pada menyatakan perempuan itu wajib mentaati suaminyaHdis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya:

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ؟ قَالَ: «الَّتِي تَسُرُّهُ إذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إذَا أَمَرَ وَلاَ تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ[9]
Ertinya: ada seorang bertanya kepada Rasulullah r yang manakah perempuan yang terlebih baik? Jawab Rasulullah r perempuan yang menyukakan suami apabila melihat melihatnya, mentaati suami apabila menyuruhnya, tidak membantah suami pada dirinya dan hartanya dengan perkara yang benci oleh suaminya.

Terdapat dapat hadis bahawa Nabi r Malaikat melaknat isteri yang tidak mentaati kepada suami apabila suaminya mengajak kepada tempat tidur.

Sabda Rasullulah r:
عن أَبي هُرَيْرَةَ عن النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم، قال: «إذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إلَى فِرَاشِهِ فلَمْ تَأْتِهِ فَبَاتَ غَضْبَانَ
عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ[10]
Ertinya: daripada Abi Hurairah daripada Rasulullah bersabda apabila suami memanggil akan isterinya ke tempat tidur, maka enggan isteri ke tempat tidur kemudian bermalam suami itu dalam keadaan marah nescaya para malaikat melaknat sampai ke pagi.

Kedua-dua Hadis ini sebagai satu tanda bahawa isteri wajib mentaati akan suaminya pada segala suruhannya melainkan pada perkara yang maksiat kepada Allah maka tidak menjadi wajib kepada isteri untuk mengikutinya. Suaminya juga tidak boleh menegah isterinya apabila dia mahu pergi ke masjid untuk solat.

عن عائشةَ رضى الله عنها «أنَّ امرأةً منَ الأنصار زَوجَّت ابنتها، فَتَمَعَّط شعرُ رأسِها، فجاءَت إلى النبي صلى الله عليه وسلم فذكرَت ذلك له فقالت: إنَّ زوجها أمَرَني أن أصِلَ في شَعرها فقال: لا، إنه قد لُعِنَ المُوصِلات[11]

Ertinya: Daripada Aisyah bahawa seorang perempuan daripada Ansar mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki, kemudian terlihat rambut bersambung di kepala anaknya, lalu dia pergi berjumpa Rasulullah maka dia memberitahu perkara tersebut, berkata perempuan itu suaminya menyuruh sambung rambut di kepala anaknya, jawab Nabi r tidak boleh kerana Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut di kepala.

عن سالم عن أبيه عن النبي صلى الله عليه وسلم: «إذا استأذنَتِ المرأة أَحَدَكم إلى المسجد فلا يَمنَعْها[12]

Ertinya Diriwayatkan daripada Salim daripada bapanya, daripada Rasulullah r apabila minta izin isteri akan suami pergi ke masjid maka tidak boleh menegahnya.


PEREMPUAN YANG MENJAGA DAN AMANAH BAGI SUAMI SERTA MENJAGA DIRINYA KETIKA KETIADAAN SUAMI.

Firman Allah Ta`ala
حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ

Ertinya: perempuan yang baik itu menjaga hak-hak dan amanah bagi suami tidak mengkhianati dan menjaga diri dari jatuh kepada perkara mungkar yakni zina serta dia menolong pekerjaan suami jika suami tidak tiada masa.

Dan hak ini bukan wajib atas isteri sahaja, bahkan juga ada hak-hak yang wajib keatas menjaga terhadap isterinya.

Sabda Rasulullah r

عَنْ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ: مَا حَقُّ الْمَرْأَةِ عَلَى الزَّوْجِ؟ قَالَ أَنْ يُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمَ. وَأَنْ يَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَى. وَلاَ يَضْرِبِ الْوَجْهَ. وَلاَ يُقَبِّحْ. وَلاَ يَهْجُرْ إِلاَّ فِي الْبَيْتِ[13]

Ertinya: Diriwayatkan oleh oleh Hakim bin Muawiyah daripada bapanya, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah apakah hak isteri yang wajib keatas suami? Jawab Nabi, bahawa memberi makan akan dia daripada perkara yang ia makan dan memberi pakaian jenis yang ia pakai serta tidak boleh tinggal tempat tidur bersamanya melainkan di sekitar rumah itu juga.


BERADAB SOPAN DAN AKHLAK MULIA.

Tidak dinamakan المرأة الصالحة melainkan dia mesti besifat dengan perangai yang terpuji dan adab akhlak yang baik, tidak cepat marah, banyak buat ibadat, mempaunyai kesbaran dan tidak banyak becakap perkara yang tidak berfaedah.

Firman Allah:

عَسَى رَبُّهُ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِّنكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُّؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا[14]

Ertinya : Harap-harap oleh tuhannya jika talak oleh Nabi akan segala isterinya bahawa mahu menukar akan isteri yang terlebih baik lagi yakni muslimat, mukminat yang mentaati suami, banyak taubat, banyak buat ibadat dan banyak sabar samada janda atau muda.

عن أبي هُريرة قال: قال رسولُ الله : «إذا صَلَّتِ المَرْأَةُ خَمْسَها، وصَامَتْ شَهْرَها، وحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وأطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أيِّ أبوابِ الجَنَّةِ شَاءَتْ[15]

Ertinya: Diriwayatkan oleh Abi Hurairah sabda Rasulullah apabila sembahyang ia lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara farajnya dan mentaati suaminya nescaya dapat masuk mana-mana dari pintu syurga yang ia ingini.

Jika mendapat seorang lelaki akan perempuan tersebut itu seolah-olah dia mendapat sebaik-baik mata benda perhiasan dunia.

Sabda Rasulullah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ[16]

Ertinya: Diriwyatkan oleh Abdullah bin Amru bin As, bahawa Rasulullah bersabda sesungguhnya dunia itu mata perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu ialah perempuan yang solehah.

Nabi menyatakan tiga perkara apabila seorang itu mendapat nescaya bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

مِنْ سَعادَةِ ابنِ آدمَ ثَلاثةٌ : المرأةُ الصَّالِحَةُ، والمَسْكَنُ الصَّالِحُ، والمَرْكِبُ الصَّالِحُ[17]

Ertinya: daripada bahagia seorang anak adam tiga perkara isteri yang baik, tempat kediaman yang baik dan kenderaan yang baik.


PEREMPUAN YANG TIDAK BUAT FITNAH DAN KHIANAT KEPADA SUAMINYA.

Allah menyuruh isteri-isteri Nabi r sekelian bahawa tetap dirumah tidak boleh keluar kecuali sekadar hajat dan apabila keluar rumah wajib menutup auratm tidak boleh menzahirkan kelakuan seperti perempuan Jahiliah supaya tidak jatuh fitnah kerana banyak fitnah berlaku sebab perempuan.

Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى [18]

Ertinya: dan tetapoleh sekelian isteri Nabi di rumah-rumah mereka dan tidak boileh menzahirkan aurat sekelian seperti kelakuan orang Jahiliah.

Kata Imam Qurtubi: Perempuan Jahiliah itu duduk bersama suaminya ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan berjalan di hadapan lelaki pada hal membuka aurat.

Dikatakan:perempaun Jahiliah itu memakai baju besi daripada permata dan dua pihak itu terbuka tidak berjahit.

Rasulullah menyatakan kepada umatnya bahawa kebaikan perempuan itu sifatnya khianat samada khianat terhadap suami atau lelaki yang lain.

عن أبي هُريرة قال: قال رَسُولُ الله : «لَوْلا بنو إسْرَائِيلَ لم يَخْنَزِ الطَّعَامُ، ولَمْ يَخْنَزِ اللَّحْمُ، ولَوْلا حَوَّاءُ لَمْ تَخُنْ ُنثى زَوْجَهَ[19]

Ertinya: Diriwayatkan oleh Abi Hurairah berkata sabda Rasulullah jikalau tidak ada Bani Israel nescaya tidak binasa makanan, daging tidak busuk dan jikalau tiada Hawa nescaya tidak khianat perempuan kepada suaminya.

Nabi memberitahu bahawa tiada fitnah yang terlebih mudharat diatas lelaki itu daripada perempuan, sabda Rasulullah

ما تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ علـى الرجالِ من النساءِ[20]

Ertinya: tidak tinggal aku kemudian dari kewafatanku satu fitnah yang terlebih mudharat di atas lelaki itu daripada fitnah perempuan.

Kesimpulannya fitanh yang dari perempuan lebih mudharat dari fitnah yang lain.

Rasulullah membanding perempuan yang solehah seperti warna putih di salah satu daripada dua kaki gagak, ini adalah tanda sedikit perempuan yang solehah itu

Sabda Rasulullah: daripada Abi Umamah kata Rasulullah:

مَثَلُ المَرْأَةِ الصَّالِحَةِ في النِّساءِ كَمَثَلِ الغُرابِ أَلاعْصَمِ» قيل: يا رسول الله، وما الغراب أَلاعْصم؟ قال: «الّذي إحْدَىٰ رِجْلَيْهِ بَيْضاءُ».[21]

Ertinya: perbandingan perempuan yang solehah pada segala perempaun itu seperti gagak yang “a`som” yakni gagak warna putih salah satu dari dua kakinya.


والله ولى التوفيق
أستاذ محمد بن ياسين فراسى
31/1/2005
[1] Surah An-Nisa ayat 32
[2] Surah An-Nisa ayat 1
[3]Sohih Bukhari no Hadis 5065
[4] Ayat 32
[5] sunan Abi Daud no 2050 riwayat Abu Hurairah
[6] Sunan Baihaki Kubra no Hadis 13633
[7] Surah Al-Ahzab ayat 34
[8] Surah Bukhari no Hadis 5065
[9] Sunan Nasai Sughra no Hadis 3233
[10] Sunan Abi Daud no Hadis 2145
[11] Sohih Bukhari no Hadis 5084
[12]
[13] Sunan Ibnu Majah no Hadis 1904
[14] surah Tahrim ayat 5
[15] Sohih Ibnu Hibban no Hadis 4087 m/s 19 jilid 4
[16] Sunan Nasai Sughra no Hadis 3234
[17] Majma` Azzawaid no Hadis 2347
[18] Surah Al-Ahzab ayat 33
[19] Sunan Abi Daud no Hadis 4093
[20] Sunan Baihaqi kubra no Hadis 13688
[21] Majma` Al Azawaid no hadis 447

Selasa, 21 Julai 2009

Amaran dan Tegahan daripada Meninggalkan Sembahyang

Amaran dan Tegahan daripada Meninggalkan Sembahyang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, keagungan dan kesejahteraan berkekalan di atas semulia-mulia pesuruh Allah iaitu penghulu kita Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya sekelian.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, semoga Allah memberikan kefahaan agama kepada kami dan kamu semua, dan semoga Allah ilhamkam di dalam hati kita petunjuk, dan semoga Allah jauhi kita dari akibat buruk yang disebabkan oleh kejahatan kita : Bahawa sembahyang adalah tiang agama Islam. Sesiapa yang mendirikannya, maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang merobohkannya, maka sesungguhnya dia telah merobohkan agama. Sesunggunya sebesar-besar musibah dan seburuk-buruk keaiban ialah meringan-ringankan sembahyang serta meninggalkan sembahyang Jumaat dan jema’ah yang mana dengan sebab sembahyang itulah Allah mengangkat beberapa darjat dan menghapuskan segala dosa. Penduduk di bumi dan langit menjadikan sembahyang sebagai ibadat mereka.------------
Maka orang yang meninggalkan sembahyang adalah dibenci Allah, matinya dalam keadaan bukan orang Islam yang sebenar, nerakalah tempatnya ---------- dan dia dilaknat oleh Allah juga tidak diredhoi kehidupannya di bumi dan di langit.
Diriwayatkan hadis daripada Ali Bin Abi Tholib katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda : “ Tiada seorang pun hamba Allah yang beriman meninggalkan sembahyang juga tidak mendirikannya kecuali Allah telah menulis pada wajahnya –Inilah orang yang keluar daripada RahmatKu,maka Aku mengecualikannya dari rahmatKu- dan apabila seorang hamba meninggalkan satu fardhu solat nescaya ditulis namanya di atas pintu neraka.”
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Bin Al-Khattab dan Abi Hurairah daripada Nabi di akhir hadis ini Baginda bersabda: “ Telah turun kepadaku Jibril berkata: Bacalah (wahai Muhammad) !! Aku menjawab: “ Aku tidak boleh membaca”. Jibril berkata : Terdapat satu golongan yang terkemudian zamannya daripada kamu mereka meninggalkan solat dan mengikut segala keinginan hawa nafsu mereka, maka mereka akan menemui kesesatan. Aku bertanya :”Wahai Jibril, adakah umatku selepasku akan meninggalkan sembahyang?” Jawab Jibril: Ya, akan datang pada akhir zaman golongan manusia dari umatmu mereka meninggalkan sembahyang, melewatkan waktu sembahyang dan mengikut selera keinginan hawa nafsu mereka. Wang mereka lebih berharga dari sembahyang mereka.” . Di dalam tafsir kepada Firman Allah yang bermaksud: “ Mereka tidak akan mendapat syafaat pertolongan kecuali orang yang memegang janji mereka dengan Allah yang Maha Pemurah. Bersabda Rasulullah : Perjanjian itu bermakna sembahyang lima waktu.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: Tiada satu perkara pun yang Allah fardhukan ke atas hambaNya selepas tauhid yang terlebih disukaiNya daripada sembahyang.Dan jikalau ada ibadat yang terlebih disukaiNya daripada sembahyang, nescaya para malaikatNya akan beribadat dengan ibadat itu.Maka sebahagian dari mereka rukuk dan sujud, berdiri dan duduk.Dan dikatakan sesungguhnya terdapat malaikat yang bersembahyang di langit yang dinamakan mereka Khuddam Ar-Rahman ( khadam Alah Yang Maha Pengasih) dan mereka sentiasa berbangga dengan sembahyang mereka di atas sekalian malaikat.
Telah berkata Abu Darda: Sebaik-baik hamba Allah ialah mereka yang meraikan matahari ,bulan dan gelap dengan mengingati Allah yakni dengan bersembahyang.
Diriwayatkan: Amalan yang paling awal dihisabkan ke atas seorang hamba pada hari akhirat ialah sembahyang.Maka jikal didapati sembahyangnya sempurna nescaya diterima sekalian amalannya dan jika didapati sembahyangnya kurang nescaya ditolak sekalian amalannya.
Telah bersabda Rasulullah kepada Abu Hurairah: Wahai Aba Hurairah, suruh keluargamu bersembahyang kerana sesungguhnya Allah akan mendatangkan kepadamu rezki yang engkau tidak sangka- sangkakan.Kebenaran ini terdapat pada firman Allah Taala ( yang bermaksud): Dan suruhlah keluarga kamu bersembahyang dan bersabarlah ke atasnya.Tidak kami minta daripada engkau rezki.Bahkan Kamilah yang memberi rezki kepada engkau.Dan akibat yang baik bagi orang yang bertakwa.Dan berkata ‘Atto’ Al-Khurrasani : Tiada seorang hamba pun yang sujud kepada Allah dengan satu kali sujud di permukaan sepotong daripada tanah kecuali ianya akan menjadi saksi bagi orang itu di Hari Akhirat dan menangis ke atasnya di hari kematiannya.
Rasulullah telah bersabda : Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja nescaya terlepas daripadanya tanggungan Muhammad. (yakni dia tidak akan mendapat pertolongan Nabi Muhammad).
Bersabda Rasulullah : Ada lima waktu sembahyang yang Allah fardhukan ke atas hambaNya. Maka sesiapa menunaikannya pada waktu-waktunya nescaya sembahyang-sembahyang itu akan menjadi cahaya yang meneranginya dan bukti kepadanya pada hari kiamat. Barang siapa yang meninggalkannya nescaya dihimpunnya di padang mahsyar bersama dengan Fir’aun dan Haman.
Di dalam hadis yang panjang lebar ada diceritakan: Sesungguhnya Jibril telah turun kepada Nabi dan berkata: Wahai Muhammad, tidak akan Allah terima puasa, sedekah, haji, amalan kebaikan dan zakat daripada orang yang meninggalkan sembahyangnya. Orang yang meninggalkan sembahyang juga dilaknat di dalam Al-Quran, Injil, Taurat dan Al-Quran. Akan turun ke atas orang yang meninggalkan sembahyang seribu laknat dan seribu kemurkaan pada setiap waktu siang dan malam. Sesungguhnya Malaikat melaknatnya dari atas langit. Wahai Muhammad, orang yang meningalkan sembahyang tiada baginya nasib yang baik daripada nasib-nasibnya, tiada juga bagi syafa’atmu (yakni pertolongan Nabi Muhammad) dan tiada juga syafaat dari umatmu. Wahai Muhammad, orang yang meninggalkan sembahyang mereka tidak akan diziarahi ketika sakit, tidak diiukuti jenazahnya, tidak diberi salam kepadanya, tidak diberi makan dan minum kepadanya, tidak disahabatinya, tidak diduduk bersamanya, tiada agama baginya, tiada amanah baginya, tidak mendapat habuan dari rahmat Allah dan dia tergolong dari golongan munafik yang akan menginap di tempat yang paling bawah serta panas di dalam api neraka.mereka akan datang pada hari khiamat dalam keadaan tangannya dipasung ke lehernya dan malaikat memukulnya. Dibuka baginya neraka jahannam, lalu dia akan masuk dalam pintu neraka dengan pantas sekali seperti pantasnya panahan. Kemudian disembamkan kepalanya di sisi Qarun dan Haman di tempat yang paling bawah serta panas daripada neraka. Orang yang meninggalkan sembahyang juga ketika dia mengangkat satu suapan makan ke mulutnya ketika didunia nescaya api neraka berkata padanya: Allah telah melaknat engkau wahai musuh Allah. Engkau memakan rezeki Allah padahal engkau tidak menunaikan sembahyang yang difardhukan kepadamu.

anda pelawat yang ke-

Pengikut