Selasa, 18 Ogos 2009

Apa itu Khurafat ???


Khurafat ialah nama seorang lelaki pada zaman dahulu seperti mana yang diceritakan di dalam Hadis Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah. Keluarga beliau ialah dari kalangan jin. Keluarganya telah mengambilnya untuk hidup bersama mereka di alam jin selama setahun. Kemudian beliau telah dikembalikan ke alam manusia dan tinggal bersama manusia seperti biasa. Setelah kembali, beliau telah menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam kehidupannya di alam jin dan apa yang dilihatnya di sana. Oleh itu, semua perkhabarannya tentang hal-hal yang luar biasa di alam jin itu dinamakan cerita khurafat semperna namanya.

Selasa, 11 Ogos 2009

رِسَالَةُ فِى اْلإِسْرَأِ وَاْلمِعْرَجِ


اْلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ اَّلذِي اَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلىَ الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَى وَعَرَّجَهُ إِلَى مَقَامِ " قَابَ قَوْسَيْنِ اَوْ أَدْنَى" . وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَفْضَلِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ حَبِيْبِناَ وَمُرْشِدِناَ وَشَفِيْعِناَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْبَشَرِ لَيْسَ كَالْبَشَرِ. وَبَعْدُ

Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan Allah dan bulan Taubat bagi umah Sayyidina Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang padanya terdapat peristiwa paling agung yang dikhususkan kepada insan yang paling agung صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ daripada Tuhan Yang Maha Agung. Peristiwa ini membuktikan kepada kita betapa mulianya Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di sisi Allah. Ianya satu hadiah yang cukup bermakna kepada Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang bertungkus lumus memperhambakan diri kepadaNya dan memperjuangkan martabat agama yang diredhai Allah iaitu Islam. Peristiwa ini berlaku selepas kesedihan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di mana ummah ad-dakwah tidak menerima ajarannya dan juga disekat kerja dakwahnya. Umat Islam dalam sekatan ekonomi dan kelaparan selama 3 tahun. Tahun itu juga adalah tahun kematian isterinya yang tercinta iaitu Sayyidatina Khadijah dan bapa saudaranya iaitu Abu Tolib. Tiada tempat yang layak bagi Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ untuk mengadu kesedihan hati kecuali kepada Allah ‘Azza Wajalla. Maka Allah tidak pernah mengungkir janjiNya di dalam FirmanNya : " إِِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا . وَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا " . Lalu digantikan kesedihan itu dengan kegembiraan yang tiada dapat dibayangkan apabila Baginda dijemput oleh Allah untuk bertemunya. Subhanallah !!!

Sebelum kita menghayati peristiwa agung ini , eloklah kita mengetahui definisi atau pengenalan Israk dan Mikraj disisi Ulama Sirah.

Makna Israk di dalam Bahasa Arab ialah “berjalan sepanjang malam”. Dari segi istilah ( iaitu penggunaan) Ulamak Sejarah, Israk ialah “diperjalankan Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ daripada Masjid Al-Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Ilia’ ( iaitu Bandar Suci) pada sebahagian waktu malam dan kemudian kembali di malam yang sama”.

Makna Mikraj di dalam Bahasa Arab ialah “naik”. Dari segi istilah pula mikraj membawa erti “ dinaikkan Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dari Baitul Maqdis ke langit yang ke-7 dan ke atasnya lagi serta di fardhukan ke atasnya solat 5 waktu dan kemudian kembalinya ke Baitul Maqdis di dalam satu bahagian malam yang sama.

Kisah Israk dan mikraj adalah sebahagian mukjizat yang paling masyhur, jelas serta nyata kemuliannya, terang dalilnya dan kenyataan yang paling benar di mana ianya mutawatir dan disepakati sekalian orang Islam.

Peristiwa ini berlaku di malam yang gelap gelita seperti mana firman Allah Ta’ala :

اَّلذِى برَكْناَ حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ " سُبْحَانَ الَّذِيْ أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلىَ الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَى
مِنْ ايَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْرُ "

Maksudnya : “Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada sebahagian malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Adalah Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ketika itu bermalam di rumah Ummu Hani dan rumahnya terletak di Sya’bi Abi Tolib . Maka dibuka atap rumahnya. Lalu malaikat-malaikat (iaitu Jibril, Mikail dan seorang lagi malaikat) pun membawanya ke Masjid Al-Haram dalam keadaan mengantuk. Kemudian mengeluarkannya daripada Masjid itu lalu membelah dada baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan dicucikan dengan air Zamzam serta membawa bekas emas yang dipenuhi di dalamnya hikmah, iman, yakin dan sabar lalu dimasukkan ke dalam dadanya. Selepas itu ditutup dadanya serta dicopkan dengan tanda kenabian di antara tulang belikat, berbetulan dengan jantung. Kemudianya baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun menaiki Buraq terus ke Baitul Maqdis.

Di dalam perjalanannya, Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ singgah untuk solat di beberapa tempat kerana arahan Jibril iaitu di Yathrib ( iaitu Madinah Munawwarah) , Madyan ( iaitu di tepi pohon Nabi Musa عليه السلام, Thur Sina ( iaitu tempat Nabi Musa عليه السلام mendengar Kalam Allah dan bermunajat, Baitul Lahmi (iaitu tempat diperanakkan Nabi Isa عليه السلام ) dan Baitul Maqdis (iaitu kubur Nabi Ibrahim عليه السلام) .

Kemudian dibangkitkan Nabi Adam dan Nabi-Nabi lain عليهم الصلاة والسلام lalu Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjadi imam kepada mereka pada malam itu. Solat yang mereka dirikan ini adalah solat sunat untuk membesarkan Allah dan didirikan di Masjid Baitul Maqdis sebelum di naikkan Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ke langit. Perkara ini tidak dianggar aneh kerana di dalam sebuah hadis Saiyyidina Anas berkata: Sekalian Nabi adalah hidup di dalam kubur mereka ( yakni alam barzakh) padahal mereka sentiasa mendirikan solat.

Selepas itu, baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun keluar dari Masjid itu lalu melihat di tangan Jibril terdapat dua bekas air. Satunya berisi arak dan dan satu lagi berisi susu. Maka Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memilih susu. Lalu Jibril pun memberitahu bahawa Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah memilih fitrah ( yang bersih). Kata Imam Nawawi, fitrah itu ialah Islam dan lurus dalam agama.



Lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ke tujuh lapis langit melalui Qubah Al-Mikraj yang berada di sebelah kanan batu tergantung. Apabila sampai di langit dunia, Jibrail meminta izin untuk masuk. Lalu ditanya: Siapakah di pintu? Jawabnya: Jibril. Ditanya: dan siapa yang bersamamu? Jawabnya: Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . Ditanya: Adakah diutuskan kepadanya? Jawabnya: Ya. Diucapkan kepadanya selamat datang dan segala perkataan yang mulia. Lalu Baginda melihat Adam lalu bertanya siapakah dia? Jibril memperkenalkan bahawa itulah Adam. Begitulah seterusnya berlaku di langit ke-2 bersama Isa, langit ke-3 bersama Yusof, langit ke-4 bersama Idris, langit ke-5 bersama Harun, langit ke-6 bersama Musa dan langit ke-7 bersama Ibrahim. Sesungguhnya jaraj dari bumi ke langit ialah 500 tahun dan begitu juga dari satu langit ke satu langit yang lain.

Kemudian Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ meneruskan perjalanan mikrajnya ke-8 iaitu ke Sidratul Muntaha. Diriwayatkan bahwa apabila sampai padanya, Jibril berhenti dan tidak lagi bersama Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . Maka Baginda
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menyoal: " Adakah Kamu tinggalkan saya jalan berseorangan? Jawabnya: Tidak bagi kami kecuali tempat yang diketahui. Bersabda Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : Jalanlah walaupun selangkah". Maka Jibril tidak mampu melangkahinya kerana kehebatan cahaya disitu akan membakarnya.Dan kemudiannya mikraj ke-9 iaitu ke Mustawa yang mana Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mendengar bunyi gerakan pen yang menulis hukum-hukum alam. Selepas itu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ meneruskan mikrajnya yang ke-10 iaitu bertemu sehingga ke peringkat yang paling hampir dengan Allah Subhanahu Wata'ala. ( Hampir di sini bermaksud bertambah kemuliaan tempat, keagungan peringkat, pancaran cahaya-cahaya makrifat, menyaksikan rahsia-rahsia ghaib dan sebagainya.

Maka Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melihat Allah dengan dua biji matanya.Dikurniakan kepada baginda gelaran terangung oleh Allah iaitu Habibullah. Di sana jugalah diwahyu Allah syariat Solat 50 waktu sehingga Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memohon agar dikurang 5 demi 5 waktu dan akhirnya yang tinggal hanya 5 waktu solat sehari semalam. Kemudian Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ turun kembali ke Baitil Maqdis menaiki Buraq dan bersamanya Jibril. Ketika perjalan pulang ke Mekah , telah lalu unta-unta orang Quraish. Maka tatkala berhampiran unta mereka, ia pun memekik dan lari hingga sesat. Lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mengucapkan salam kepada kumpulan itu. Maka mereka berkata: Ini suara Muhammad. Kemudian seorang daripada mereka menghimpunkan semula unta yang sesat itu.

Apabila berdekatan dengan Zi Thuwa, Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berkata kepada Jibril:" Sesungguhnya kaum saya tidak akan mempercayai saya." Maka Jawab Jibril: Abu Bakar akan mempercayaimu. Apabila tiba di tempat tidur Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dapat merasakan lagi kesan kepanasan akibat ditidurnya tadi. Keesokkan harinya Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ termenung keseorangan memikirkan samada umatnya akan mempercayainya. Tiba-tiba datanglah musuh Allah iaitu Abu Jahal bertanyakan dalam keadaan mempermainkan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tentang perkara-perkara baru yang didapatinya . Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menceritakan peristiwa itu kepadanya. Lalu disyorkan agar diceritakan kepada semua kaumnya. Baginda
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ setuju dan menceritakan peristiwa agung itu kepada kaumnya. Maka orang yang kafir dan golongan yang kurang imannya tidak mempercayainya serta murtad dan berbeza pula golongan orang yang Allah kuatkan iman mereka terutama Abu Bakar menerimanya dengan penuh keyakinan. Maka semenjak itulah Abu Bakar digelar As-Siddiq iaitu orang yang sangat membenarkan semua yang datang dari Allah dan Baginda kita Rasulullah.

- والله أعلم بالصواب -

KEGEMBIRAAN UNTUK KAMI


بشرى لنا نلنا منا # زال العنا وفا الهنا
والدهر أنجز وعده # والبشر أضحى معلنا
Kegembiraan adalah milik kita kerana telah mencapai matlamat. Hilang kesusahan kita dan mendapat ketenangan. Masa mengotakan janjinya dan kegembiraan itu menjulang tinggi.

يا نفس طيبي باللقا # يا عين قري أعينا
هذا جمال المصطفى # أنواره لاحت لنا
Wahai nafsu mutmainnah, berseronoklah dengan perjumpaan itu.Wahai penyejuk mata,tenangkan hati kami
Inilah keindahan Al-Mustafa, cahayanya menerangi kami.

يا طيبة ماذا نقول # وفيك قد حل الرسول
وكلنا نرجوا الوصول # لمحمد نبينا
Wahai Madinah,apa lagi nak kami katakan padahal Rasulullah telah menetap padamu. Dan kami semua berharap-harap untuk sampai padamu kerana Muhammad Nabi kami.

يا روضة الهادى الشفيع # وصاحبيه والبقيع
اكتب لنا نحن الجميع # زيرة لحبيبنا
Wahai Raudhah milik Pemberi Hidayah lagi Pemberi Syafa’at. Dua sahabat dan Al-Baqie’.Ya Allah,tetapkan bagi kami semua peluang untuk menziarahi kekasih kami.

حيث الأماني روضها # وظل حلو المجتبى
وبالحبيب المصطفى # صفا وطاب عيشنا
Matlamat kami adalah melihat Raudhah.Dan muncul kemanisan akhlak Insan Yang Dipilih berterusan.Dengan sebab Kekasih Allah dan Yang diPilih Allah, jadilah hidup kami suci dan baik.

جاء الصفا زال الجفا # اليوم عيد المصطفى
من قد تسامى شرفا # والله أعطاه المنى

Datanglah kesucian hati juga hilang kekerasannya. Hari ini adalah perayaan bagi Insan Yang Dipilih Allah.Insan yang terlebih tinggi kemuliaan dan Allah memenuhi segala matlamatnya.

يا فوزنا ياسعدنا # من نال حظا مثلنا
نحظى بنور المصطفى # فى صحبنا ومسئنا

Wahai kejayaan kami,wahai kebahagiaan kami, siapakah yang mencapai habuan baik seperti kami? Kami mendapatnya dengan sebab Nur Insan yang Dipilih Allah pada waktu pagi dan petang.(yakni sentiasa)

صل وسلم يا سلام # على النبى ماحى الظلام
والآل والصحب الكرم # ما انشدت بشرى لنا

Rahmati,Agungkan dan sejahterakanlah Wahai Maha Sejahtera ke atas Nabi yang menjadi Penghapus kegelapan,juga kepada sahabat-sahabat yang mulia selama-mana dinasyidkan Busyro Lana.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kebahagian Bersama Rasulullah S.A.W



إذا ما شئت فى الدرين تسعد فأكثر من الصلاة على محمد
Bila engkau mengkhendaki kebahagiaan di dunia dan akhirat , maka banyakkanlah solawat ke atas Nabi Muhammad

وإذا شئت القبول فى الدعوات فتختم بالصلاة على محمد
Dan bila engkau kehendaki segala doa diterima, maka akhirilah doamu dengan bersolawat ke atas Nabi Muhammad

فلا صوم يصح ولا صلاة لمن ترك الصلاة على محمد
Maka tiada diterima solat dan puasa bai orang yan meninggalkan solawat ke atas Nabi Muhammad

وإن كانت ذنوبك لا تحصى تكفر بالصلاة على محمد
Dan sekalipun dosa engkau tidak terhitung banyaknya,nescaya dihapuskan dengan bersolawat ke atas Nabi Muhammad.

فما تضاعف الحسنات إلا بتكرار الصلاة على محمد
Maka tiada digandakan kebaikan kecuali diulang-ulangka solawat ke atas Nabi Muhammad

وعند الموت ترى أمورا تسرك بالصلاة على محمد
Dan ketika hampir mati,engkau akan melihat perkara yang menggembirakanmu dengan sebab solawat ke atas Nabi Muhammad

وعند القبر تحظى بالأمانى وترحم بالصلاة على محمد
Dan di dalam kubur engkau akan mencapai matlamat dan dirahmati dengan sebab solawat ke atas nabi Muhammad

ولا تخشى من الملكين رعبا إذا سألاك قل لهما محمد
Dan jangan engkau takut daripada dua malaikat bila mereka bertanya kepada engkau. Jawablah kepada mereka Muhammad adalah

رسول الله حقا اتبعنا وآمنا وصدقنا محمد
Rasulullah sebenar-benarnya yang kami ikuti , kami beriman dan membenarkan Nabi Muhammad

anda pelawat yang ke-

Pengikut