Selasa, 13 Oktober 2009

Kalam Rasulullah صلى الله عليه وسلم

عن الحسن بن علي قال : سألت خالى هند بن أبى هالة, وكان وصافا قلت : صف لي منطق رسول الله صلى الله عليه وسلم , قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم متواصل الأحزان دائم الفكرة, ليست له راحة , طويل السكت , لا يتكلم فى غير حاجة , يفتح الكلام ويختتمه باسم الله , ويتكلم بجوامع الكلام, كلامه فصل, لا فضول ولا تقصير , ليس بالجافى ولا بالمهين, يعظم النعمة وإن دقة , لا يذم منها شيئا , غير أنه لم يكن يذم ذواقا ولا يمدحه , ولا يغضبه الدنيا , ولا ما كان لها , فإذا تعدي الحق لم يقم لغضبه شيء حتى ينتصر له , ولا يغضب لنفسه , ولا ينتصر لها , إذا أشار أشار بكفه كلها , وإذا تعجب قلبه , وإذا تحدث اتصل بها وضرب براحته اليمنى إبهامه اليسرى , وإذا غضب أعرض وأشاح , وإذا فرح غض طرفه , جل ضحكه التبسم يفتر عن مثل حب الغمام ".
Daripada Al-Hasan Bin ‘Ali katanya: Saya telah bertanya bapa saudara sebelah ibu saya iaitu Hindun Bin Halah yang mana beliau menyifatkan sifat Baginda صلى الله عليه وسلم, kata saya(Al-Hasan): Sifatkan bagiku percakapan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jawabnya: Adalah kebiasaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berterusan sedih, sentiasa berfikir, tiada bagi kerehatan,diam yang lama, tidak bercakap tanpa hajat, memulakan percakapan dan mengakhirinya dengan nama Allah, bercakap dengan jawami’ul kalam (yakni bercakap sedikit tetapi banyak maknanya), percakapannya bersenggang-senggang, tidak berlebihan dan tidak berkurangan, tidak bercakap kasar dan menghina, membesarkan nikmat sekalipun ianya sedikit, tidak mencela sesuatu nikmat pun, tidak mencela makanan dan memujinya, tidak marah kerana dunia, tidak pula kerana urusannya, maka apabila dicerobohi kebenaran nescaya tiada sesuatu pun yang dapat menahan kemarahannya sehinggalah Baginda صلى الله عليه وسلم mengembalikan kebenaran itu, tidak marah kerana dirinya, tidak menuntut kemenangan untuk dirinya, bila menunjuk sesuatu Baginda صلى الله عليه وسلم menunjuk dengan kesemua jarinya, bila takjub nescaya Baginda صلى الله عليه وسلم membalikkan tangannya, dan apabila bercakap nescaya mengikutlah tangannya dengan percakapannya dan ibu jari kirinya menepuk tapak tangan kanannya, dan apabila marah nescaya Baginda صلى الله عليه وسلم akan berpaling dan memaaf serta bersalaman, dan apabila gembira nescaya tertutup matanya, selalu senyum yang mana memperlihatkan giginya seolah-olah biji salji yang putih bersih.

anda pelawat yang ke-

Pengikut