Khamis, 17 September 2009

HADIS-HADIS YANG SUCI PADA MENERANGKAN TENTANG KELEBIHAN SAIDINA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

HADIS-HADIS YANG SUCI PADA MENERANGKAN TENTANG KELEBIHAN SAIDINA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم
(Karangan Syeikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghamari)

بسم الله الرحمن الرحيم

1)
Daripada Abi Hurairah katanya : telah bertanya sebahagian daripada sahabat : Wahai Rasulullah bilakah ditentukan kenabianmu? Jawab Rasulullah : " Ditentukan kenabianku padahal Adam belum lagi ditiupkan roh ke jasadnya."

( Riwayat Imam At-Tirmizi dan katanya hadis ini hasan soheh qhorib )

2)
Daripada Maisarah Al-Fajri katanya: Aku telah bertanya kepada Rasulullah bilakah engkau menjadi Nabi? Jawabnya: " Aku menjadi Nabi padahal Adam belum lagi bercampur roh dan jasadnya ".

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Bukhari di dalam Kitab At-Tarikh, At-Tabrani, dan Al-Hakim mengsohehkannya. Berkata Al-Hafizd: Sanadnya kuat. Aku katakan: Dan hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Al-Husain Bin Bisyran: dan dari jalannya Ibnu Al-Jauzi di dalam kitabnya Al-Wafa Bi Fadhoili Al-Musthofa dengan lafaz: Aku telah bertanya Wahai Rasulullah bilakah kamu menjadi Nabi? Jawabnya: Tatkala Allah menciptakan bumi dan menyehajai kepada langit , maka menyamakannya tujuh lapis langit, dan mencipta 'Arash padahal ditulis namaku pada tiangnya Muhammad Rasul Allah lagi penyudah bagi segala Nabi, dan menciptakan syurga yang mana Adam dan Hawa mendiaminya, maka ditulis di atas pintu-pintu, daun-daun , kubah-kubah dan khemah-khemah. Padahal Adam belum bersatu ruh dan jasadnya. Maka tatkala Allah menghidupkannya , dia telah melihat kepada 'Arash lalu dia melihat namaku, maka Allah memberitahunya bahawa nama itu ialah penghulu anak cucumu. Maka tatkala syaita memperdayakan keduanya, mereka bertaubat dan memohon syafaat kepada Allah dengan sebab namaku. Dan isnad riwayat ini juga kuat.











3)
Diriwayatkan daripada Saidina Ali 'alaihi As-Salam bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : "Aku telah keluar ( lahir) daripada hasil pernikahan dan aku tidak keluar (lahir) daripada hasil penzinaan bermula semenjak Adam hinggalah ibu bapaku melahirkan daku padahal tidak pernah aku ditimpa oleh sesuatu daripada penzinaan jahiliah."

( Al-Hafiz Muhammad Ibn Yahya Ibn Abi Umar Al-'Adani telah meriwayat hadis ini di dalam musnadnya. Katanya: Muhammad Ibn Jaafar telah menceritakan hadis ini kepada kami, katanya: Aku bersaksi ke atas bapaku, katanya: bapaku telah menceritakan hadis ini kepadaku hasil naqalan daripada datukku hasil naqalan daripada Ali dengan sanad yang berhubung kepada Nabi S.A.W. Inilah sanad Musalsal Ahli Bait Nabi S.A.W yang mulia. Hadis ini juga telah diriwatkan oleh At-Tabrani di dalam Al-Mu'jam Al-Awsath , Abu Nu'aim di dalam Dalail An-Nubuwwah dan Ibnu 'Asakir di dalam At-Tarikh . Telah datang hadis daripada Ibn 'Abbas dan 'Aisyah dan selainnya seumpama hadis ini )



4)
Daripada Wasilah Ibn Al-Asqok katanya : Aku telah mendengar Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah sebahagian daripada anak Nabi Ismail, dan memilih Quraish daripada Kinanah, dan memilih Bani Hasyim daripada Quraish, dan memilih aku daripada Bani Hasyim."

( Riwayat Imam Muslim dan At-Tirmizi dan katanya hadian ini hasan soheh qorib)

5)
Diriwayatkan daripada Al-'Irbatd Bin Sariyata bahawa Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya aku hamba Allah, dan pengakhir segala nabi , pada Adam masih lagi di dalam tanah (yakni belum dicipta), dan aku akan ceritakan tentang kebenaran demikian itu, akulah orang yang di dalam doa Ibrahim, dan berita gembira yang dibawa oleh Isa, dan yang dilihat oleh ibuku yang melihatnya, dan seperti demikianlah juga ibu-ibu segala nabi melihatnya. Dan sesungguhnya ibu Rasulullah telah melihat cahaya yang mana istana-istana Negara Syam menjadi cerah dengan sebabnya sehinggalah beliau dapat melihat istana-istana itu.

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, At-Taobrani dan Al-Baihaqi, dan disohehkannya oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim. Dan Al-Hafizd mengaku pengsohehan kedua-dua ulamak itu.



Terjemhan oleh Ibnu Harun Al-Mau Al-Abyadhi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda pelawat yang ke-

Pengikut