Selasa, 11 Ogos 2009

KEGEMBIRAAN UNTUK KAMI


بشرى لنا نلنا منا # زال العنا وفا الهنا
والدهر أنجز وعده # والبشر أضحى معلنا
Kegembiraan adalah milik kita kerana telah mencapai matlamat. Hilang kesusahan kita dan mendapat ketenangan. Masa mengotakan janjinya dan kegembiraan itu menjulang tinggi.

يا نفس طيبي باللقا # يا عين قري أعينا
هذا جمال المصطفى # أنواره لاحت لنا
Wahai nafsu mutmainnah, berseronoklah dengan perjumpaan itu.Wahai penyejuk mata,tenangkan hati kami
Inilah keindahan Al-Mustafa, cahayanya menerangi kami.

يا طيبة ماذا نقول # وفيك قد حل الرسول
وكلنا نرجوا الوصول # لمحمد نبينا
Wahai Madinah,apa lagi nak kami katakan padahal Rasulullah telah menetap padamu. Dan kami semua berharap-harap untuk sampai padamu kerana Muhammad Nabi kami.

يا روضة الهادى الشفيع # وصاحبيه والبقيع
اكتب لنا نحن الجميع # زيرة لحبيبنا
Wahai Raudhah milik Pemberi Hidayah lagi Pemberi Syafa’at. Dua sahabat dan Al-Baqie’.Ya Allah,tetapkan bagi kami semua peluang untuk menziarahi kekasih kami.

حيث الأماني روضها # وظل حلو المجتبى
وبالحبيب المصطفى # صفا وطاب عيشنا
Matlamat kami adalah melihat Raudhah.Dan muncul kemanisan akhlak Insan Yang Dipilih berterusan.Dengan sebab Kekasih Allah dan Yang diPilih Allah, jadilah hidup kami suci dan baik.

جاء الصفا زال الجفا # اليوم عيد المصطفى
من قد تسامى شرفا # والله أعطاه المنى

Datanglah kesucian hati juga hilang kekerasannya. Hari ini adalah perayaan bagi Insan Yang Dipilih Allah.Insan yang terlebih tinggi kemuliaan dan Allah memenuhi segala matlamatnya.

يا فوزنا ياسعدنا # من نال حظا مثلنا
نحظى بنور المصطفى # فى صحبنا ومسئنا

Wahai kejayaan kami,wahai kebahagiaan kami, siapakah yang mencapai habuan baik seperti kami? Kami mendapatnya dengan sebab Nur Insan yang Dipilih Allah pada waktu pagi dan petang.(yakni sentiasa)

صل وسلم يا سلام # على النبى ماحى الظلام
والآل والصحب الكرم # ما انشدت بشرى لنا

Rahmati,Agungkan dan sejahterakanlah Wahai Maha Sejahtera ke atas Nabi yang menjadi Penghapus kegelapan,juga kepada sahabat-sahabat yang mulia selama-mana dinasyidkan Busyro Lana.

anda pelawat yang ke-

Pengikut