Selasa, 21 Julai 2009

Amaran dan Tegahan daripada Meninggalkan Sembahyang

Amaran dan Tegahan daripada Meninggalkan Sembahyang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, keagungan dan kesejahteraan berkekalan di atas semulia-mulia pesuruh Allah iaitu penghulu kita Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya sekelian.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, semoga Allah memberikan kefahaan agama kepada kami dan kamu semua, dan semoga Allah ilhamkam di dalam hati kita petunjuk, dan semoga Allah jauhi kita dari akibat buruk yang disebabkan oleh kejahatan kita : Bahawa sembahyang adalah tiang agama Islam. Sesiapa yang mendirikannya, maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang merobohkannya, maka sesungguhnya dia telah merobohkan agama. Sesunggunya sebesar-besar musibah dan seburuk-buruk keaiban ialah meringan-ringankan sembahyang serta meninggalkan sembahyang Jumaat dan jema’ah yang mana dengan sebab sembahyang itulah Allah mengangkat beberapa darjat dan menghapuskan segala dosa. Penduduk di bumi dan langit menjadikan sembahyang sebagai ibadat mereka.------------
Maka orang yang meninggalkan sembahyang adalah dibenci Allah, matinya dalam keadaan bukan orang Islam yang sebenar, nerakalah tempatnya ---------- dan dia dilaknat oleh Allah juga tidak diredhoi kehidupannya di bumi dan di langit.
Diriwayatkan hadis daripada Ali Bin Abi Tholib katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda : “ Tiada seorang pun hamba Allah yang beriman meninggalkan sembahyang juga tidak mendirikannya kecuali Allah telah menulis pada wajahnya –Inilah orang yang keluar daripada RahmatKu,maka Aku mengecualikannya dari rahmatKu- dan apabila seorang hamba meninggalkan satu fardhu solat nescaya ditulis namanya di atas pintu neraka.”
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Bin Al-Khattab dan Abi Hurairah daripada Nabi di akhir hadis ini Baginda bersabda: “ Telah turun kepadaku Jibril berkata: Bacalah (wahai Muhammad) !! Aku menjawab: “ Aku tidak boleh membaca”. Jibril berkata : Terdapat satu golongan yang terkemudian zamannya daripada kamu mereka meninggalkan solat dan mengikut segala keinginan hawa nafsu mereka, maka mereka akan menemui kesesatan. Aku bertanya :”Wahai Jibril, adakah umatku selepasku akan meninggalkan sembahyang?” Jawab Jibril: Ya, akan datang pada akhir zaman golongan manusia dari umatmu mereka meninggalkan sembahyang, melewatkan waktu sembahyang dan mengikut selera keinginan hawa nafsu mereka. Wang mereka lebih berharga dari sembahyang mereka.” . Di dalam tafsir kepada Firman Allah yang bermaksud: “ Mereka tidak akan mendapat syafaat pertolongan kecuali orang yang memegang janji mereka dengan Allah yang Maha Pemurah. Bersabda Rasulullah : Perjanjian itu bermakna sembahyang lima waktu.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: Tiada satu perkara pun yang Allah fardhukan ke atas hambaNya selepas tauhid yang terlebih disukaiNya daripada sembahyang.Dan jikalau ada ibadat yang terlebih disukaiNya daripada sembahyang, nescaya para malaikatNya akan beribadat dengan ibadat itu.Maka sebahagian dari mereka rukuk dan sujud, berdiri dan duduk.Dan dikatakan sesungguhnya terdapat malaikat yang bersembahyang di langit yang dinamakan mereka Khuddam Ar-Rahman ( khadam Alah Yang Maha Pengasih) dan mereka sentiasa berbangga dengan sembahyang mereka di atas sekalian malaikat.
Telah berkata Abu Darda: Sebaik-baik hamba Allah ialah mereka yang meraikan matahari ,bulan dan gelap dengan mengingati Allah yakni dengan bersembahyang.
Diriwayatkan: Amalan yang paling awal dihisabkan ke atas seorang hamba pada hari akhirat ialah sembahyang.Maka jikal didapati sembahyangnya sempurna nescaya diterima sekalian amalannya dan jika didapati sembahyangnya kurang nescaya ditolak sekalian amalannya.
Telah bersabda Rasulullah kepada Abu Hurairah: Wahai Aba Hurairah, suruh keluargamu bersembahyang kerana sesungguhnya Allah akan mendatangkan kepadamu rezki yang engkau tidak sangka- sangkakan.Kebenaran ini terdapat pada firman Allah Taala ( yang bermaksud): Dan suruhlah keluarga kamu bersembahyang dan bersabarlah ke atasnya.Tidak kami minta daripada engkau rezki.Bahkan Kamilah yang memberi rezki kepada engkau.Dan akibat yang baik bagi orang yang bertakwa.Dan berkata ‘Atto’ Al-Khurrasani : Tiada seorang hamba pun yang sujud kepada Allah dengan satu kali sujud di permukaan sepotong daripada tanah kecuali ianya akan menjadi saksi bagi orang itu di Hari Akhirat dan menangis ke atasnya di hari kematiannya.
Rasulullah telah bersabda : Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja nescaya terlepas daripadanya tanggungan Muhammad. (yakni dia tidak akan mendapat pertolongan Nabi Muhammad).
Bersabda Rasulullah : Ada lima waktu sembahyang yang Allah fardhukan ke atas hambaNya. Maka sesiapa menunaikannya pada waktu-waktunya nescaya sembahyang-sembahyang itu akan menjadi cahaya yang meneranginya dan bukti kepadanya pada hari kiamat. Barang siapa yang meninggalkannya nescaya dihimpunnya di padang mahsyar bersama dengan Fir’aun dan Haman.
Di dalam hadis yang panjang lebar ada diceritakan: Sesungguhnya Jibril telah turun kepada Nabi dan berkata: Wahai Muhammad, tidak akan Allah terima puasa, sedekah, haji, amalan kebaikan dan zakat daripada orang yang meninggalkan sembahyangnya. Orang yang meninggalkan sembahyang juga dilaknat di dalam Al-Quran, Injil, Taurat dan Al-Quran. Akan turun ke atas orang yang meninggalkan sembahyang seribu laknat dan seribu kemurkaan pada setiap waktu siang dan malam. Sesungguhnya Malaikat melaknatnya dari atas langit. Wahai Muhammad, orang yang meningalkan sembahyang tiada baginya nasib yang baik daripada nasib-nasibnya, tiada juga bagi syafa’atmu (yakni pertolongan Nabi Muhammad) dan tiada juga syafaat dari umatmu. Wahai Muhammad, orang yang meninggalkan sembahyang mereka tidak akan diziarahi ketika sakit, tidak diiukuti jenazahnya, tidak diberi salam kepadanya, tidak diberi makan dan minum kepadanya, tidak disahabatinya, tidak diduduk bersamanya, tiada agama baginya, tiada amanah baginya, tidak mendapat habuan dari rahmat Allah dan dia tergolong dari golongan munafik yang akan menginap di tempat yang paling bawah serta panas di dalam api neraka.mereka akan datang pada hari khiamat dalam keadaan tangannya dipasung ke lehernya dan malaikat memukulnya. Dibuka baginya neraka jahannam, lalu dia akan masuk dalam pintu neraka dengan pantas sekali seperti pantasnya panahan. Kemudian disembamkan kepalanya di sisi Qarun dan Haman di tempat yang paling bawah serta panas daripada neraka. Orang yang meninggalkan sembahyang juga ketika dia mengangkat satu suapan makan ke mulutnya ketika didunia nescaya api neraka berkata padanya: Allah telah melaknat engkau wahai musuh Allah. Engkau memakan rezeki Allah padahal engkau tidak menunaikan sembahyang yang difardhukan kepadamu.

1 ulasan:

anda pelawat yang ke-

Pengikut