Isnin, 16 November 2009

WALI ALLAH AL-‘ARIF BILLAH SYEIKH JUDAH IBRAHIM رضى الله عنه وعنا به

WALI ALLAH AL-‘ARIF BILLAH SYEIKH JUDAH IBRAHIM رضى الله عنه وعنا به



(Gambar di sebelah kanan ialah Syeikh Judah Muhammad Abu Al-Yazid iaitu murid Syeikh Judah Ibrahim)

Pada tanggal 30 Sya’ban 1264 hijrah , bertempat di Kampung Al-‘Aziziah , daerah Munya Al-Qomhi, negeri As-Syarqiah lahir seorang tokoh ulama’ yang terkemuka di dalam dunia tasawuf. Beliau ialah As-Sayyid As-Syeikh Judah Bin As-Sayyid Ibrahim Bin As-Sayyid Mustafa Judah رضى الله عنهم وعنا بهم
. Berhubung nasab keturunannya dengan Saidina Maulana Al-Imam Al-Hasan Bin Saidina ‘Ali . Ibu beliau yang mulia bernama As-Saiyyidah Syamah juga berhubung keturunannya dengan cucu Rasulullah iaitu Saidina Maulana Al-Imam Al-Hussain رضى الله عنه وعنا به .
Sebelum ibunya hamil , bapanya telah bermimpi bahawa dijarinya terdapat cincin yang mana permata di cincin itu bersinar menerangi seluruh dunia. Maka ahli kasyaf dan makrifah menafsirkan mimpi itu bahawa beliau akan memperolehi seorang anak lelaki yang menjadi imam yang memenuhilah cahaya ilmu dan makrifahnya ke seluruh alam dan anaknya itulah wali khutub di zamannya.
Syeikhuna Judah Bin Ibrahim membesar dengan menghafaz Al-Quran pada awalnya. Di antara bukti beliau akan menjadi wali khutub apabila dewasa ialah dengan kedatangan wali-wali Allah dari Negara Syam dan Turki kepadanya untuk mengambil keberkatan daripanya sedang ketika itu beliau masih lagi kecil. Peristiwa ini berlaku ketika beliau sedang membaca Al-Quran, tiba-tiba datang beberapa orang syeikh dari Negara Syam dan Turki ke Kampung Al-‘Aziziah bertujuan untuk mengambil keberkatan daripadanya.
Seorang ulama’ yang bernama As-Syeikh Al-Bakri iaitu guru hafazan Al-Quran bagi Syeikh Judah Bin Ibrahim pernah berlaku padanya peristiwa yang mencarik adat kebiasaan manusia, di mana Syeikh Judah apabila diajar satu ayat Al-Quran maka beliau akan menghafaz ayat dan membacanya di hadapan gurunya serta menghafaz ayat selepas itu yang belum diajar oleh gurunya. Beliau telah mendahului gurunya di dalam membaca ayat-ayat yang dihafaz. Kisah itu diceritakan oleh anaknya As-Syeikh Isa.
Setelah selesai menghafaz Al-Quran dan mempelajarinya, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar As-Syarif dan mendalami ilmu Al-Quran dan Al-Hadis. Beliau juga mendalami ilmu Feqah di dalam Mazhab Imam kita As-Syafi’e. ilmu beliau ketika itu sangat mendalam umpama laut yang tiada bertepian. Beliau telah mempelajarinya daripada ulama’ Al-Azhar As-Syarif seperti As-Syeikh Muhammad Al-Ashmuni (1321 hijrah), As-Syeikh Muhammad Al-Khodri Ad-Dumyathi (1298 hijrah), As-Syeikh Ibrahim As-Sakho (1298 hijrah) dan ulama’-ulama’ lain sehingga mahir dan melaut ilmunya. Syeikh Judah juga seorang yang sangat mahir di dalam ilmu Mengenali Thariq Hadis, Al-Jarah dan At-Ta’dil, Takhrij Al-Hadis di dalam kitab Sunan Sittah dan lainnya. Begitu juga di dalam ilmu bahasa Arab seperti bahasa, Nahu , Sorof, Ma’ani, Bayan, Badi’ , Syi’ir dan sebagainya. Beliau tidak kurang hebatnya di dalam Ilmu Kalam, Mantiq dan lain-lain sehingga menjadi orang yang tunggal di dalam merungkai permasalahan yang rumit dan mendalam di dalam ilmu yang dipelajarinya.





KEHIDUPAN AS-SYEIKH SEHARIAN

Sesungguhnya saya ( yakni Dr Judah iaitu cucu kepada As-Syeikh) telah bertanya Syeikh saya iaitu Syeikh Isa Judah tentang peraturan kehidupan seharian Syeikh Judah. Maka beliau menjawab dengan jawapan seperti berikut: Adalah Saidina Syeikh Judah bangun dari khulwahnya yang khusus 2 jam sebelum masuk waktu fajar. Maka beliau akan memperbaharui wudhuknya dan bertahajjud pada 1/3 akhir malam sekira-kiranya ________ seperti mana yang disebutkan oleh Al-Imam As-Sya’rani. Kemudian beliau akan mula membaca Al-Quran seperti biasa sekurang-kurangnya 1/3 Al-Quran ( yakni 10 juzuk) sebagai wirid hariannya dan juga membaca zikir-zikir, wirid-wirid An-Naqsyabandi dan lain-lainnya.
Kemudian pada waktu Dhuha, beliau akan berwudhuk kali kedua dan masuk berkhulwah. Beliau akan membenarkan kekasih-kekasihnya yang khusus dan pengikutnya datang kepadanya dengan keizinan khusus ketika azan Zohor.
Selepas solat Zohor hingga Asar beliau akan berada di ruang tamu umum untuk bertemu dengan murid-muridnya,pengikut-pengikut dan tetamu-tetamu yang menziarahinya. Majlis beliau yang mulia itu ialah majlis Al-Quran dan ilmu. Kebiasaanya salah seorang muridnya yang khusus akan datang bersama kitab-kitab tafsir, hadis, fekah dan tasawuf. Murid yang membacanya itu kebiasaannya ialah As-Syeikh Muhammad Abu Qandil atau As-Syeikh Fadhlum Abu Muqallid atau bapa saya iaitu Sayyidi Muhammad Abu Yazid yang mana kedua-dua membaca Al-Quran pada Syeikh Judah dengan menghafaz tanpa ada sedikit pun kesalahan. Maka tatkala selesai bacaan itu, Syeikh Judah akan berdoa kepadanya “ semoga Allah membuka ke atasmu”. Maka pembukaan yang dimaksudkan itu ialah pembukaan Ilahi terhadap pintu hati beliau. Bapa saya juga membaca Kitab Al-Mawahib Al-Ladunniah karangan Imam Al-Qostolani.
Sesungguhnya Syeikh Judah disoal ketika bacaan kitab tentang sehalus-halus ilmu dan menjawabnya dengan jawapan yang menyinarkan akal. As-Syeikh juga berfatwa di atas empat mazhab dan menyelesaikan kemusyiklan ibarat ahli tasawuf yang tergantung bahkan As-Syeikh bertanyakan masalah-masalah kepada salah seorang daripada muridnya di pertengahan bacaan. Maka pembaca akan berhenti dan murid tadi akan menjawabnya dengan jawapan yang terbuku di hati daripada pembukaan Allah yang tiada had.
Adalah kebiasaan As-Syeikh Judah tidak akan bercakap tentang perkara-perkara dunia dan tidak seorang pun di dalam majlisnya dapat melafazkan sepatah perkataan berbentuk duniawi. Majlis As-Syeikh adalah majlis Allah yang dinaungi oleh para malaikat dan langit serta bumi berbangga-bangga dengannya. Tidakkan majlis ini adalah majlis ahli tahqiq di zamannya? (Bahkan ). Di sana juga didatangi oleh imam-iman ulama’ dan syeikh-syeikh Islam untuk bersesak-sesak menuntut ilmu syariat dan hakikat daripadanya.
Selepas itu, Syeikh Judah akan masuk berkhalwah selepas solat Asar. Maka tiada seorang pun boleh masuk kepadanya sehingga waktu Isyak kecuali dengan izin. Selepas Isyak, beliau akan menegah untuk masuk kepadanya. Adalah ketika itu masa untuk beliau menyendiri,menyucikan diri dan menyempurnakan ibadatnya, mendirikan solat dan menyucikan rohaninya kepada Allah.

“ Maka adalah sebahagian perkara yang aku tidak tahu, maka disangka akan kebaikannya tanpa ditanya khabar beritanya “
Jadilah Imam kami,Syeikh kami Syeikh Judah –mudah-mudahan Allah mengangkatkan namanya di dalam alam- sebagai menara hidayah, pemancar makrifat Allah dan penunjuk kepada pendekatan diri kepada Allah sepanjang hidupnyadi dunia selama 83 tahun sehinggalah As-Syeikh bertemu dengan Tuhannya Yang Maha Pemurah pada 27 Syawal tahun 1346 hijrah ( bersamaan 18 April 1928, hari Rabu). Maka adalah jumlah tahun kehidupannya di dunia ialah jumlah kiraan Lailatul Qadar (yakni jumlah seribu bulan bersamaa dengan 83 tahun) yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.

Selasa, 13 Oktober 2009

Kalam Rasulullah صلى الله عليه وسلم

عن الحسن بن علي قال : سألت خالى هند بن أبى هالة, وكان وصافا قلت : صف لي منطق رسول الله صلى الله عليه وسلم , قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم متواصل الأحزان دائم الفكرة, ليست له راحة , طويل السكت , لا يتكلم فى غير حاجة , يفتح الكلام ويختتمه باسم الله , ويتكلم بجوامع الكلام, كلامه فصل, لا فضول ولا تقصير , ليس بالجافى ولا بالمهين, يعظم النعمة وإن دقة , لا يذم منها شيئا , غير أنه لم يكن يذم ذواقا ولا يمدحه , ولا يغضبه الدنيا , ولا ما كان لها , فإذا تعدي الحق لم يقم لغضبه شيء حتى ينتصر له , ولا يغضب لنفسه , ولا ينتصر لها , إذا أشار أشار بكفه كلها , وإذا تعجب قلبه , وإذا تحدث اتصل بها وضرب براحته اليمنى إبهامه اليسرى , وإذا غضب أعرض وأشاح , وإذا فرح غض طرفه , جل ضحكه التبسم يفتر عن مثل حب الغمام ".
Daripada Al-Hasan Bin ‘Ali katanya: Saya telah bertanya bapa saudara sebelah ibu saya iaitu Hindun Bin Halah yang mana beliau menyifatkan sifat Baginda صلى الله عليه وسلم, kata saya(Al-Hasan): Sifatkan bagiku percakapan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jawabnya: Adalah kebiasaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berterusan sedih, sentiasa berfikir, tiada bagi kerehatan,diam yang lama, tidak bercakap tanpa hajat, memulakan percakapan dan mengakhirinya dengan nama Allah, bercakap dengan jawami’ul kalam (yakni bercakap sedikit tetapi banyak maknanya), percakapannya bersenggang-senggang, tidak berlebihan dan tidak berkurangan, tidak bercakap kasar dan menghina, membesarkan nikmat sekalipun ianya sedikit, tidak mencela sesuatu nikmat pun, tidak mencela makanan dan memujinya, tidak marah kerana dunia, tidak pula kerana urusannya, maka apabila dicerobohi kebenaran nescaya tiada sesuatu pun yang dapat menahan kemarahannya sehinggalah Baginda صلى الله عليه وسلم mengembalikan kebenaran itu, tidak marah kerana dirinya, tidak menuntut kemenangan untuk dirinya, bila menunjuk sesuatu Baginda صلى الله عليه وسلم menunjuk dengan kesemua jarinya, bila takjub nescaya Baginda صلى الله عليه وسلم membalikkan tangannya, dan apabila bercakap nescaya mengikutlah tangannya dengan percakapannya dan ibu jari kirinya menepuk tapak tangan kanannya, dan apabila marah nescaya Baginda صلى الله عليه وسلم akan berpaling dan memaaf serta bersalaman, dan apabila gembira nescaya tertutup matanya, selalu senyum yang mana memperlihatkan giginya seolah-olah biji salji yang putih bersih.

Selasa, 29 September 2009

KHAZANAH JUNJUNGAN MULIA صلى الله عليه وسلم

Serban Baginda


عن ابن عمر قال : « كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا اعتم سدل عمامته بين كتفيه » قال نافع : « وكان ابن عمر ، يفعل ذلك » قال عبيد الله : « ورأيت القاسم بن محمد ، وسالما يفعلان ذلك »
TERJEMAHAN
Daripada Ibni Umar katanya: " Adalah Nabi bila memakai serban, Baginda melepaskan ekor serban di antara dua bahunya." Telah berkata Nafi': "Dan adalah Ibnu Umar berbuat demikian.". Telah berkata Ubaidullah : " Aku telah melihat Al-Qosim Bin Ahmad dan Salim melakukan demikian ".

عن ابن عباس : « أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب الناس وعليه عصابة دسماء
TERJEMAHAN
Daripada Ibni Abbas: " Bahawa Nabi berkhutbah kepada manusia padahal Baginda serban yang berwarna hitam".



Topi Perang Baginda

عن أنس بن مالك : أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة وعليه مغفر
TERJEMAHAN
Daripada Anas Bin Malik bahawa Nabi memasuki Mekah padahal Baginda memakai topi perang

Rambut Baginda

عن عائشة قالت : " كُنْتُ أُرَجِّلُ رَأْسَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَناَ حَائِضٌ ".
TERJEMAHAN
Daripada Aisyah katanya: “Pernah aku dulu menyikat rambut Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada hal aku sedang datang haid.”

24) عن أنس بن مالك قال : " كَانَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ دَهْنَ رَأْسِهِ ,
وَتَسْرِيْحَ لِحْيَتِهِ , وَيُكْثِرُ الْقِناَعَ , كَأَنَّ ثَوْبَهُ ثَوْبُ زَيَّاتٍ "
TERJEMAHAN
Daripada Anas Ibn Malik katanya: Adalah kebiasaan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membanyakkan minyak di kepala ( yakni menyapu minyak yang banyak di rambut) , dan sering mengurus janggut dan sering menutup kepala ( yakni meletakkan kain di atas kepala selepas menyapu minyak rambut agar serbannya tidak terkena minyak rambut yang banyak itu) seolah-olah bajunya baju penjual minyak

Kotak yang mengandungi Geraham Baginda

Daripada Al-Hasan Bin Ali رضى الله عنه katanya : Aku telah bertanya bapa saudaraku ( seibu dengan ibuku tapi tidak sebapa dengannya ) iaitu Hindun Bin Halah dan adalah beliau sangat kerap menyifatkan sifat Nabi صلى الله عليه وسلم. Aku bertanya tentang sifat Nabi صلى الله عليه وسلم dan aku teringin untuk mendengar sesuatu yang dia sifatkan berkenaan dengan sifat-sifat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mana hatiku tersangkut untuk tahu dan mengenalinya. Maka dia (Hindun) pun berkata : Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat agung serta diagungi di mata-mata orang yang melihatnya, bersinar-sinar wajahnya seumpama bulan purnama di malam bulan penuh purnama, terlebih tinggi dari orang yang sederhana dan terlebih rendah dari orang yang tinggi renjong, besar kepalanya, ikal rambutnya, jikalau keadaan rambutnya terbahagi dua nescaya dia bahagikan, dan jika rambutnya tidak dibahagikan maka tidaklah rambutnya mencecah cuping telinga kerana ianya dipertengahan telinga, putih kulitnya sebagai putih yang bercahaya, luas 2 tepi dahinya, bulu keningnya berbentul panjang dan halus seperti huruf Nun yang diterbalikkan, tidak bersambung kedua keningnya, di antara 2 keningnya terdapat urat yang muncul ketika marah, hidungnya panjang serta halus batang hidungnya dan tinggi sedikit di bahagian tengah, terdapat cahaya yang menyinari batang hidungnya, orang yang tidak menelitinya akan menyangka batang hidungnya tinggi, lebat janggutnya, sama rata pipinya, luas mulutnya, jarang sedikit giginya yang dibahagian atas, halus bulu antara dada dan perutnya, tengkuknya lurus dan cantik serta bersinar-sinar seperti perak, sederhana rupa bentuknya (yakni bersesuaian), berbadan sasa, sejajar perut dan dadanya, berdada bidang, jauh di antara 2 bahunya, besar sendi-sendinya, bersinar-sinar anggota yang tidak berbulu, dihubungkan antara lubang (atas bahagian dada) dan pusat dengan bulu yang berlalu seperti garisan, bersihlah 2 buah dada dan perutnya selain daripada bulu tersebut, banyak dan panjang bulu di bahagian kedua-dua hastanya dan kedua-dua bahunya, tinggi dadanya, panjang ukuran kedua-dua hastanya, luas tapak tangannya, tebal kedua-dua tapak tangan dan kakinya, panjang jari jemarinya, pertengahan dua tapak kakinya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah dari bumi, rata kedua-dua kakinya ( yakni tidak ada pecah-pecah dan tidak boleh menakung air), apabila berjalan nescaya mengangkat kedua-dua kakinya dengan kuat, melangkah dengan laju dan berjalan dengan tegap, luas langkahnya, bila berjalan seperti turun dari tempat tinggi, dan apabila berpaling wajahnya nescaya berpaling juga badannya, Baginda adalah seorang yang menundukkan pandangan, pandangannya ke bumi terlebih lama dari pandangannya ke langit, terlebih banyak pandangannya yang seketika ( yakni memandang dengan kadar hajatnya) , berjalan di belakang sahabat-sahabatnya, bersegera memberi salam bila berjumpa dengan seseorang.



Janggut Baginda

قًَالَ الحَافِظُ أَبُوْ عِيْسَى مُحَمَّدُ بْنُ عِيْسَى بْنِ سَوْرَة التِّرْمِذِى : حَدَّثَنَا

أَبُوْ رَجَاءِ قُتَيْبَةُ ابْنُ سَعِيْدٍ, عَنْ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ , عَنْ رَبِيْعَةَ بْنِ

أَبِى عَبْدِ الرَّحْمَنِ , عَنْ أَنَسٍ ابْنِ مَالِكٍ , أَنَّهُ يَقُوْلُ :

" كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِالطَّوِيْلِ الْبَائِنِ وَلاَ بِالْقَصِيْرِ

وَلاَ بِاْلأَبْيَضِ اْلأَمْهَقِ وَلاَ بِاْلآدَمِ , وَلاَ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ وَلاَ بِالسَّبْطِ ,

بَعَثَهُ اللهُ تَعَالى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِيْنَ سَنَة ً, فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِيْنَ ,

وَبِالْمَدِيْنَةِ عَشْرَ سِنِيْنَ , وَتَوَفَّاهُ اللهُ عَلىَ رَأْسِ سِتِّيْنَ سَنَة ً,

وَلَيْسَ فِيْ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُوْنَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ. "
TERJEMAHAN
Daripada Anas رضى الله عنه : “ Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak terlalu tinggi dan tidak rendah, dan tidak berkulit putih pucat dan tidak terlalu merah, dan tidak berambut terlalu kerinting dan tidak lurus, Allah menzahirkan kenabiannya ketika berumur akhir 40 tahun, maka baginda صلى الله عليه وسلمmenetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah selama 10 tahun, dan Allah mewafatkan baginda صلى الله عليه وسلم ketika berumur 60 tahun (60-an tahun yakni 63 tahun), dan tidaklah sampai 20 helai rambut putih (yakni uban) di atas kepala (yang mulia) baginda صلى الله عليه وسلم.”


Celak Baginda
عن ابن عباس ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « اكتحلوا بالإثمد فإنه يجلو البصر، وينبت الشعر. وزعم « أن النبي صلى الله عليه وسلم كانت له مكحلة يكتحل منها كل ليلة ثلاثة في هذه ، وثلاثة في هذه »
TERJEMAHAN
Daripada Ibnu Abbas bahawasanya Nabi bersabda: “Bercelaklah kamu semua dengan ismid kerana sesungguhnya ianya menerangkan mata dan menumbuhkan bulu mata”. Dan telah berkata Ibnu Abbas : Sesungguhnya Nabi ada baginya celak yang mana digunakannya untuk bercelak setiap malam tiga kali di sini dan tiga kali di sini ( beliau mengisyaratkan bahagian mata ).

عن ابن عباس قال : « كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكتحل قبل أن ينام بالإثمد ثلاثا في كل عين » وقال يزيد بن هارون ، في حديثه : « إن النبي صلى الله عليه وسلم كانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا في كل عين »
TERJEMAHAN
Daripada Ibn Abbas katanya: “ Kebiasaan Rasulullah bercelak sebelum tidur dengan menggunakan celah Ismid sebanyak tiga kali bagi setiap mata “.
Dan telah berkata Yazid Bin Harun di dalam hadisnya: “ Sesungguhnya Nabi adalah baginya celak yang digunakan untuk bercelak sebanyak tiga kali pada setiap mata ketika hendak tidur”.

عن جابر هو ابن عبد الله ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « عليكم بالإثمد عند النوم ، فإنه يجلو البصر ، وينبت الشعر »
TERJEMAHAN
Daripada Jabir Bin Abdillah katanya : Telah bersabda Rasulullah : “ Hendak tetaplah kamu semua dengan bercelak menggunakan Ismid ketika hendak tidur kerana sesungguhnya ia menerangkan mata dan menumbuhkan bulu mata”.














































































































































Khamis, 17 September 2009

HADIS-HADIS YANG SUCI PADA MENERANGKAN TENTANG KELEBIHAN SAIDINA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

HADIS-HADIS YANG SUCI PADA MENERANGKAN TENTANG KELEBIHAN SAIDINA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم
(Karangan Syeikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghamari)

بسم الله الرحمن الرحيم

1)
Daripada Abi Hurairah katanya : telah bertanya sebahagian daripada sahabat : Wahai Rasulullah bilakah ditentukan kenabianmu? Jawab Rasulullah : " Ditentukan kenabianku padahal Adam belum lagi ditiupkan roh ke jasadnya."

( Riwayat Imam At-Tirmizi dan katanya hadis ini hasan soheh qhorib )

2)
Daripada Maisarah Al-Fajri katanya: Aku telah bertanya kepada Rasulullah bilakah engkau menjadi Nabi? Jawabnya: " Aku menjadi Nabi padahal Adam belum lagi bercampur roh dan jasadnya ".

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Bukhari di dalam Kitab At-Tarikh, At-Tabrani, dan Al-Hakim mengsohehkannya. Berkata Al-Hafizd: Sanadnya kuat. Aku katakan: Dan hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Al-Husain Bin Bisyran: dan dari jalannya Ibnu Al-Jauzi di dalam kitabnya Al-Wafa Bi Fadhoili Al-Musthofa dengan lafaz: Aku telah bertanya Wahai Rasulullah bilakah kamu menjadi Nabi? Jawabnya: Tatkala Allah menciptakan bumi dan menyehajai kepada langit , maka menyamakannya tujuh lapis langit, dan mencipta 'Arash padahal ditulis namaku pada tiangnya Muhammad Rasul Allah lagi penyudah bagi segala Nabi, dan menciptakan syurga yang mana Adam dan Hawa mendiaminya, maka ditulis di atas pintu-pintu, daun-daun , kubah-kubah dan khemah-khemah. Padahal Adam belum bersatu ruh dan jasadnya. Maka tatkala Allah menghidupkannya , dia telah melihat kepada 'Arash lalu dia melihat namaku, maka Allah memberitahunya bahawa nama itu ialah penghulu anak cucumu. Maka tatkala syaita memperdayakan keduanya, mereka bertaubat dan memohon syafaat kepada Allah dengan sebab namaku. Dan isnad riwayat ini juga kuat.











3)
Diriwayatkan daripada Saidina Ali 'alaihi As-Salam bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : "Aku telah keluar ( lahir) daripada hasil pernikahan dan aku tidak keluar (lahir) daripada hasil penzinaan bermula semenjak Adam hinggalah ibu bapaku melahirkan daku padahal tidak pernah aku ditimpa oleh sesuatu daripada penzinaan jahiliah."

( Al-Hafiz Muhammad Ibn Yahya Ibn Abi Umar Al-'Adani telah meriwayat hadis ini di dalam musnadnya. Katanya: Muhammad Ibn Jaafar telah menceritakan hadis ini kepada kami, katanya: Aku bersaksi ke atas bapaku, katanya: bapaku telah menceritakan hadis ini kepadaku hasil naqalan daripada datukku hasil naqalan daripada Ali dengan sanad yang berhubung kepada Nabi S.A.W. Inilah sanad Musalsal Ahli Bait Nabi S.A.W yang mulia. Hadis ini juga telah diriwatkan oleh At-Tabrani di dalam Al-Mu'jam Al-Awsath , Abu Nu'aim di dalam Dalail An-Nubuwwah dan Ibnu 'Asakir di dalam At-Tarikh . Telah datang hadis daripada Ibn 'Abbas dan 'Aisyah dan selainnya seumpama hadis ini )



4)
Daripada Wasilah Ibn Al-Asqok katanya : Aku telah mendengar Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah sebahagian daripada anak Nabi Ismail, dan memilih Quraish daripada Kinanah, dan memilih Bani Hasyim daripada Quraish, dan memilih aku daripada Bani Hasyim."

( Riwayat Imam Muslim dan At-Tirmizi dan katanya hadian ini hasan soheh qorib)

5)
Diriwayatkan daripada Al-'Irbatd Bin Sariyata bahawa Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya aku hamba Allah, dan pengakhir segala nabi , pada Adam masih lagi di dalam tanah (yakni belum dicipta), dan aku akan ceritakan tentang kebenaran demikian itu, akulah orang yang di dalam doa Ibrahim, dan berita gembira yang dibawa oleh Isa, dan yang dilihat oleh ibuku yang melihatnya, dan seperti demikianlah juga ibu-ibu segala nabi melihatnya. Dan sesungguhnya ibu Rasulullah telah melihat cahaya yang mana istana-istana Negara Syam menjadi cerah dengan sebabnya sehinggalah beliau dapat melihat istana-istana itu.

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, At-Taobrani dan Al-Baihaqi, dan disohehkannya oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim. Dan Al-Hafizd mengaku pengsohehan kedua-dua ulamak itu.



Terjemhan oleh Ibnu Harun Al-Mau Al-Abyadhi

KEINDAHANMU YA RASULULLAH

KEINDAHANMU YA RASULULLAH

Mari hayati ciptaan Tuhan
Kejadian Rasul Nabi junjungan
Keindahannya tidak terbayang
Tiada bandingan di dalam alam,

Menambah iman dalam ketaqwaan
Timbullah rasa kasih dan saying
Memohon syafa’at di masa hadapan
Daripada Rasul sekelian alam,

Matamu lebar lentik alismu
Pandanganmu menghala ke bumi
Bibirmu luas indah sekali
Kalammu turut menawan hati,

Rambutmu hitam ikal mayang
Berminyak angun tersisir rapi
Hidungmu mancung berseri-seri
Rata pipimu dan luas dahi,

Wajahmu bagai bulan yang cerah
Bulat bentuknya tidak ketara
Kulitmu putih bercampur merah
Berurat dahi bila kau marah,

Dirimu anggun berpakaian merah
Ketampananmu jelas terserlah
Akhlakmu terhindar dari amarah
Engkaulah qiblat penunjuk arah,

Dadamu bidang tersergam indah
Antara bahu zahir khatam nubuwah
Sendimu tebal tanda pemurah
Juga gigihmu dalam beribadah,

Janggutmu tebal terurus indah
Dirimu tidak tinggi tidak rendah
Langkahmu seperti turun ke tempat rendah
Sentiasa segera dalam ibadah,

Gigimu renggang sedap dipandang
Bila bertutur terpancar cahaya iman
Jarimu panjang terang benderang
Siapa mengenalmu terasa tenang,

Tumitmu nipis sebaik kejadian
yang melihatmu terasa keagungan
tubuhmu mengalih ikut pandangan
bila bersua mendahulukan salam.

Selasa, 1 September 2009

Risalah Pengharusan Bacaan Al-Quran


RISALAH PADA MENGHARUSKAN HADIAH BACAAN AL-QURAN DAN SEKELIAN IBADAT UNTUK ORANG YANG HIDUP DAN MATI

KARANGAN AS-SYEIKH AL-USTAZ AD-DUKTUR JUDAH MUHAMMAD AL-MAHDI رضى الله عنهما
( BEKAS DEKAN KULIYYAH AL-QURAN AL-KARIM – MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENJAGA DAN MEMANJANGKANUMUR BELIAU DI DALAM RAHMAT ALLAH )




Sebahagian daripada kebenaran-kebenaran yang kukuh yang telah ditetapkan oleh Al-Quran Al-Karim, As-Sunnah yang suci, ijmak dan dikuatkan lagi oleh Ulama’ Al-Usul bahawa Allah mensyariatkan setiap hukum itu berhikmah dan terdapat kebaikan-kebaikan yang mana manfaatnya kembali kepada hambaNya. Semua itu ialah kasih sayang Allah terhadap mereka dan mempermudahkan lagi ke atas mereka. Ini jelas seperti mana di dalam firman Allah:
"Tidak kami utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali menjadi rahmat sekalian alam"
(Surah Al-Anbiya' - ayat 107)

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu “
( Surah Al-Baqarah – ayat 184)

Tetapi sebahagian kelompok manusia sesungguhnya sengaja menyempitkan rahmat Allah yang luas dan mereka ini cenderung kepada fahaman yang menyusahkan umat ini. Maka mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah dalam keadaan mereka melakukan pembohongan terhadap Allah. Mereka juga menyebarkan melalui saluran-saluran dakwah dan berita-berita tentang pengharaman kebanyakkan amalan di dalam agama yang mana telah dijelaskan oleh dalil-dalil di atas halal dan sunat diamalkan amalan-amalan itu.
Sebahagian daripada dakwaan mereka ialah bahawa bacaan Al-Quran dan hadiah sekelian ibadat kepada orang lain samada mati ataupun hidup adalah bid’ah yang diharamkan. Inilah dakwaan yang tersasar dari kebenaran dan membawa kepada pembohongan ke atas Allah dan RasulNya. Inilah himpunan daripada sebahagian dalil-dalil syarak yang telah ditetapkan bagi mengharuskan bacaan Al-Quran Al-Karim,zikir,ibadat dan menghadiahkan pahala yang sama hukumnya kepada orang-orang yang hidup dan mati.

( Dalil yang pertama )
Bahawa Al-Iman Al-Bukhari رضى الله عنه telah membuat satu tajuk bagi bab – dari Kitab Al-Janaiz di dalam Kitab Sohehnya “ Bab Bacaan Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) ke atas Jenazah”. Diriwayatkan di dalam bab itu dengan sanadnya daripada Tholhah Bin Abdillah bin ‘Auf رضى الله عنه katanya: “Saya telah solat di belakang Ibni ‘Abbas رضى الله عنه ke atas seorang jenazah, maka beliau membaca Fatihatul Kitab (yakni Surah Al-Fatihah), katanya supaya semua orang mengetahui bahawa ianya adalah sunat”.

(Dalil yang kedua)
Di dalam hadis tadi dapat difahami tentang pensyariatan solat jenazah di atas kubur seperti mana disyariatkan solat secara muthlak berhampiran dengan kubur selama mana kubur itu tidak dibongkar. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari رضى الله عنه di dalam kitab dan bab yang sama di dalam Kitab Sohehnya – Daripada Abi Hurairah رضى الله عنه: Sesungguhnya seorang yang berkulit hitam – samada lelaki atau perempuan: adalah kerjanya membersihkan masjid. Maka beliau mati dan Nabi صلى الله عليه وسلم tidak mengetahui tentang kematiannya: maka Baginda صلى الله عليه وسلم mengingatinya pada suatu hari lalu bertanya: Apa yang berlaku kepada insan itu? Maka para sahabat menjawab: Beliau telah mati wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: Maka kenapa tidak kamu semua tidak memberitahu kepadaku? Maka sahabat menjawab: Sesungguhnya beliau adalah demikian ceritanya. Berkata perawi: Maka mereka telah memperkecilkan dirinya. Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم : Maka hendaklah kamu tunjukkan kepadaku kuburnya. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم datang ke kuburnya lalu solat ke atas mayatnya. Jelas di sini bahawa solat Nabi صلى الله عليه وسلم mengandungi bacaan Al-Quran dan doa supaya mayat itu dirahmati.

(Dalil yang ketiga)
Hadis yang dikeluarkan oleh Al-Imam Ahmad At-Thobrani رضى الله عنه dan selainnya, daripada Ma’qal Bin Yassar رضى الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “ Al-Baqarah ialah puncak Al-Quran dan ketinggiannya. Ianya telah turun bersama setiap ayat yang mana daripadanya terdapat 80 malaikat, dan dikeluarkan “ “ dari bawah ‘arash ,maka sampailah padanya dan Yasin ialah jantung Al-Quran. Tiada seorang lelaki pun yang membacanya dalam keadaan dia menghendaki Allah Tabaraka Wata’ala dan hari akhirat kecuali diampunkan baginya. Hendaklah kamu semua membacanya ke atas orang yang mati di kalangan kamu”. Telah menolak Al-Amir As-Son’ani رضى الله عنه di dalam “Subulu As-Salam” (jilid 2 / m.s 244) ke atas orang yang kata: “sesungguhnya yang dimaksudkan dengan mayat itu di sini ialah orang yang hampir mati” dengan katanya “ Perkataan itu memberi makna menyeluruh kepada orang yang mati bahkan makna itulah (yakni orang yang mati) yang sebenarnya di dalam hadis itu.



(Dalil yang keempat)
Dalil ini terdapat di dalam Kitab “Ar-ruh” karangan Ibni Qayyum As-Salafi رضى الله عنه – diriwayatkan daripada Al-Kholal رضى الله عنه daripada Al-Hassan Al-Warraq رضى الله عنه katanya: Telah menceritakan kepadaku ‘Ali Bin Musa Al-Haddad رضى الله عنه dan beliau adalah seorang yang sodduqan – katanya: “ Pernah saya bersama Ahmad Bin Hanbal dan Muhammad Bin Quddaamah Al-Jauhari رضى الله عنهما pada seorang jenazah, maka tatkala ditanam si mayat itu, telah duduk seorang lelaki yang bersedih membaca Al-Quran di kubur itu. Maka berkata Ahmad رضى الله عنه kepadanya: wahai saudara, sesungguhnya membaca Al-Quran di kubur adalah bid’ah, maka tatkala kami keluar daripada tanah perkuburan, telah bertanya Muhammad Bin Quddaamah رضى الله عنه kepada Ahmad Bin Hanbal رضى الله عنه: Wahai Bapa kepada Abdillah رضى الله عنه, apa pendapat engkau tentang Mubasyir Al-Halabi رضى الله عنه ? Jawab Ahmad رضى الله عنه: Beliau Thiqoh, Ahmad رضى الله عنه bertanya: Engkau mencatat sesuatu hadis daripadanya? Jawab Muhammad رضى الله عنه: Ya. Katanya lagi : Maka telah mengkhabarkan kepada saya oleh Mubasyir رضى الله عنه daripada Abdul Rahman Bin Al-‘Ala’ Bin Al-Lajlaj daripada bapanya رضى الله عنهما bahawa beliau telah berwasiat jika dikebumikannya bahawa dibaca dikepalanya permulaan Surah Al-Baqarah dan penghujungnya, dan dia berkata: Saya telah mendengar Ibnu Umar رضى الله عنه mewasiatkan dengan demikian. Maka berkata Ahmad رضى الله عنه: Kembalilah engkau dan katakan kepada lelaki tadi ,sentiasalah dia membaca. Inilah dia golongan salafiah yang berbeza dengan orang yang mendakwa mereka ialah salafiah.




(Dalil kelima)
Dalil ini diambil As-Salaf As-Soleh رضى الله عنهم kerana saya mengikut pendapat golongan salafiah yang benar, telah diambil daripada Ibni Qayyum رضى الله عنه juga di dalam kitab Ar-Ruh daripada Al-’Alamah Al-Khalal As-Salafi daripada Imam As-Sya’bi رضى الله عنه – beliau adalah salah seorang daripada tabi’ein- bahawa beliau pernah berkata: Adalah kebiasaan orang Ansor رضى الله عنهم apabila mati seseorang dari kalangan mereka, nescaya mereka pergi ke kuburnya dan mereka Al-Quran di sininya.

(Dalil keenam)
Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad رضى الله عنه, Al-Bukhari dan Muslim رضى الله عنه daripada Al-Imam Ibnu ‘Abbas رضى الله عنه bahawa beliau pernah berkata: Nabi صلى الله عليه وسلم telah lalu berhampiran dengan 2 kubur lalu bersabda: “ Sesungguhnya keduanya sedang diazab dan bukanlah mereka diazab dengan sebab dosa besar. Adapun seorang daripada keduanya , maka dia mengadu-domba, dan yang seorang lagi tidak menyempurnakan kencingnya”. Kata Ibnu ‘Abbas رضى الله عنه: Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم mengambil pelepah kurma dan mematahkannya kepada dua bahagian, kemudian menanamkan keduanya di atas kubur-kubur itu. Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda : “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-duanya selama mana pelepah ini tidak kering”.
Berkata Al-Imam Al-Khattabi رضى الله عنه: Pada hadis ini terdapat dalil yang mengharuskan (sunat) membaca Al-Quran di atas kubur kerana jika Nabi صلى الله عليه وسلم mengharapkan diringankan azab mayat itu dengan sebab tasbih pokok tadi, maka membaca Al-Quran terlebih besarlah pengharapan dan keberkatan.

(Dalil ketujuh)
Telah mengeluarkan Ibnu Abi Syaibah رضى الله عنه dari thoriq Abi As-Sya’sa’ Jabir Bin Zaid رضى الله عنه –beliau adalah seorang yang thiqoh daripada kalangan tabi’en : Bahawa beliau membaca Surah As-Ra’di (الرعد) di sini mayat. Telah berkata Al-Hafizd Ibnu Hajar رضى الله عنه: Sanadnya ialah soheh, dan di dalam Subulu As-Salam bagi As-Son’ani: Telah dikeluarkan oleh Abu As-Syeikh رضى الله عنه di dalam Fadhoil Al-Quran (Kelebihan Al-Quran), dan Abu Bakar Al-Marwazi رضى الله عنه di dalam Kitab Al-Janaiz (Jenazah-jenazah) daripada Abi As-Sya’sa رضى الله عنه –sahabat Ibni ‘Abbas-
رضى الله عنه bahawa beliau menghukum sunat bacaan surah Ar-Ra’di (الرعد ) , dan dia menambahkan lagi bahawa ianya dapat meringankan azab si mati. Di dalamnya juga terdapat riwayat daripada As-Sya’bi: Adalah kebiasaan orang Ansor menghukum sunat bacaan Surah Al-Baqarah di sini mayat.
Inilah sebahagian hujah dan dalil yang tetap dan dikuatkan pensyariatan membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada mayat-mayat.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Terjemahan oleh : Ibnu Harun al-mau al-aswadi
( 5 Ramadhan 1431 – bersamaan 25 Ogos 2009)
Jam: 1.10 pagi

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa itu Khurafat ???


Khurafat ialah nama seorang lelaki pada zaman dahulu seperti mana yang diceritakan di dalam Hadis Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah. Keluarga beliau ialah dari kalangan jin. Keluarganya telah mengambilnya untuk hidup bersama mereka di alam jin selama setahun. Kemudian beliau telah dikembalikan ke alam manusia dan tinggal bersama manusia seperti biasa. Setelah kembali, beliau telah menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam kehidupannya di alam jin dan apa yang dilihatnya di sana. Oleh itu, semua perkhabarannya tentang hal-hal yang luar biasa di alam jin itu dinamakan cerita khurafat semperna namanya.

anda pelawat yang ke-

Pengikut